Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Kamis, 10 Agustus 2006

Kisah Ummi Faisal

Kalau kita mengeluh susah dalam menghadapi ujian hidup, sebenarnya ada orang yang lebih menderita hidupnya. Penderitaan yang kita tanggung - mithalnya orang mengata, orang menghina, anak meninggal, hidup susah, suami kahwin lain, anak-anak meragam dan lain kesusahan sudah kita rasakan cukup besar. Dan kita rasa sungguh derita dan kecewa dengan penderitaan itu.

WANITA lah orang paling mudah sekali keluh kesah, resah dan bimbang kerana akalnya dan kekuatan jiwanya lemah. Dia begitu bimbang dengan kesusahan yang ditanggung, bimbang dengan keperluan hidup yang tidak mencukupi, bimbang terhadap masa depan dll. Hanya WANITA yang kenal Allah , yang mencintaiNYA sepenuh hati, yang memiliki hati yang zuhud, yang tidak terikat pada dunia, mencintai akhirat lebih dari dunia dan segalanya, akan tenang dalam menghadapi apa jua penderitaan. Kesusahan di dunia, sakit pening, kekurangan harta, kekurangan keperluan hidup, kehilangan orang yang dikasihi dan penderitaan lain tidak akan menyusahkan hatinya. Ia akan menganggap semua itu hanyalah sebagai ujian yang datang dari
Allah untuk menguji hambaNya.

Telah diceritakan dalam sebuah kitab bahawa suatu ketika, seorang pemuda telah bertemu dengan seorang wanita bernama UMMI FAISAL yang sedang tawaf di sisi Ka'bah. Walaupun telah berumur tetapi wajahnya kelihatan tenang, bersih dan jernih menampakkan dia lebih muda dari usia sebenarnya. Dia tidak pernah berhenti dari mengerjakan tawaf . Dia tidak pernah membuang masa. Ada seketikanya dia akan berhenti tawaf dan mengerjakan sembahyang sunat, membaca Al-Quran atau berzikir dan terus menyambung tawafnya. Dia bermunajat dengan penuh khusyuk kepada Allah s.a.w. Dia beribadah tanpa jemu. Wajahnya sentiasa tunduk dan perlahan. Matanya tidak pernah liar memandang ke sana kemari, menampakkan yang dia seorang yang tawadhuk dan merendah diri. Ratusan manusia yang berada disekelilingnya sedikit pun tidak dihiraukannya. Ini membuatkan pemuda tersebut terasa ingin mendekatinya untuk mengetahui apakah rahsia UMMI FAISAL boleh setenang itu.


Suatu ketika pemuda itu berpeluang menemui UMMI FAISAL dan bertanya sebab-sebab dia merasa lazat dan sungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Tuhan. UMMI FAISAL berkata yang dialah orang yang paling malang hidup di dunia ini. Bukan kerana dia kesal dengan Qada' dan Qadar Allah tetapi dia mahu menceritakan supaya menjadi teladan kepada pemuda itu kelak.

UMMI FAISAL berkahwin kira-kira 18 tahun yang lalu dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. Yang sulung bernama Siti Asma' sudah berumah tangga. Yang Lelaki berusia 10 thn bernama Faisal, Ikrimah 8 thn dan Zahid yang bungsu baru merangkak, tetapi mereka semuanya pulang kerahmatullah. Peristiwa kematian mereka berlaku pada suatu Hari Raya korban. Pada hari itu suaminya telah menyembelih korban. Peristiwa itu telah disaksikan anaknya yang kedua yang belum begitu berakal. UMMI FAISAL tidak menyangka bahawa perbuatan menyembelih itu akan ditiru oleh salah seorang daripada anaknya tadi terhadap adiknya. Faisal telah membaringkan adiknya Ikrimah dan disembelihnya sebagaimana ayahnya menyembelih kambing. Kebetulan UMMI FAISAL dan suaminya tiada di rumah kerana pergi memetik buah tamar. Beliau hanya mendengar dari jauh jeritan Ikrimah yang meminta tolong. Bila dihampiri tempat itu didapati darah sedang memancut keluar dari leher Ikrimah yang hampir putus. Ikrimah tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di situ. Selesai mengurus jenazah Ikrimah, kedua suami isteri itu mendapati Faisal sudah hilang. Mereka bimbang keselamatan Faisal kalau tersesat di padang pasir.

Pada suatu hari sedang fikiran mereka berkecamuk dan runsing, mereka membiarkan anak yang bongsu merangkak bermain sendirian. Tanpa disangka-sangka anak itu telah mencapai cerek air panas yang sedang menggelegak. Seluruh tubuhnya melecur dan anak itu mati. Salah seorang jiran yang cuba membantu telah pergi memberitau Siti Asma' yang sedang sarat mengandung dan tinggal tidak jauh dari situ. Bila melihat keadaan adiknya dia terus pengsan kerana terkejut dan terus meninggal dunia.

UMMI FAISAL berkata kepada pemuda itu: "Alangkah sedihnya. Di mana lagi hati saya sandarkan kini? Antara keinginan untuk mati dan hidup itu saya bawa hati ke sini, mempersembahkan kepada Allah beban yang terlalu berat saya rasakan. Semuga DIA sudi meringankannya. Dan kini saya tenang. Yang tinggal buat saya di dunia ini untuk dicintai dan dirindui hanyalah Allah. Akan saya habiskann masa yang masih tinggal untuk taat dan berbakti kepada Allah semata-mata".

Begitulah tabahnya seorang wanita bernama UMMI FAISAL. Beliau merupakan antara contoh wanita yang berjaya berhadapan dengan berbagai ujian dan penderitaan. Iman yang tinggal menyebabkan dia boleh menghadapi ujian hidup dengan tabah.