Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Minggu, 09 Desember 2007

SELAWAT

Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya menyampaikan salawatnya kepada Nabi yakni Nabi Muhammad. Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah salawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (l-Ahzab:56)

Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a. bahwasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang membaca salawat kepadaku sekali salawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebanyak sekali salawat tadi. (Riwayat Muslim).

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan salawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca salawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan salawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata : Ya Rasulullah, bagaimanakanh salawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullh s.a.w bersabda: Terkena debulah hidung seseorang yakni amat hina sekali seseorang yang diwaktu nama saya disebutkan di sisinya, tetapi ia tidak suka membaca salawat padaku. Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : Tiada seorangpun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawuyd dengan isnad sahih.

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam salatnya, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca salawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini,
kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca salawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. Diriwayatka oleh Imam-Imam Abu Dawud dan Termidzi mengatakan bahwa ia adalah Hadis sahih.

Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a, katanya: Rasulullah s.a.w datang kepada kita dan kita semua sedang dalam majlisnya Sa'ad bin Ubadah, lalu Basyir bin Sa'ad berkata kepada beliau s.a.w : Allah menyuruh kita supaya kita membaca salawat kepada Tuan, Ya Rasulullah, maka bagaimanakah cara kita membaca salawat kepada Tuan itu ? Rasulullah s.a.w. lalu diam, sehingga kita semua mengharapkan, alangkah baiknya kalau tadi Basyir tidak bertanyakan kepada beliau tentang hal itu. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Ucapkanlah: Allahumma shalli'ala Muhammad wa'ala ali Muhamnmad. Kama shallaita'ala Ibrahim. Wa bari'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Kama barakta'ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid. Artinya: Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan kerahmatan pada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berikanlah tambahan keberkahan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia. (Muttafaq 'alaih).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan memberinya rahmat 10 kali (Allah akan berselawat kepadanya 10 kali)". (Riwayat AlBaihaqi)

Jumat, 09 November 2007

ZIYAARATUL QOBR

Berikut adalah terjemahan kasar drp kitab Mandzorul Maut Wa Maa Ba'dal Maut, Halaman 54 & 55 & 56, oleh Khawajah Muhammad Islam (dialibahasakan ke Bahasa 'Arab oleh Haafiz Muhammad 'Abdullaah), Cetakan Matba'ah Al-Maktabah Al-'Ilmiyyah, 15 Syaari' Madrasah Al-Banaat, Lahore, Pakistan.

Fasal Yang Ketujuh Tentang Ziarah Qubur (Ziyaaratul Qobri) :

Adalah mustahab (sangat disukai) untuk menziarahi qubur pada setiap minggu. Dan yang paling afdhal ialah pada hari Jumu'at dan hari Sabtu dan hari Isnin dan hari Khamis dan malam Nisfu Sya'baan dan sepuluh hari pertama drp bulan Zulhijjah dan kedua hari 'Iid (kedua hari raya) dan sepuluh hari pertama drp bulan Muharram.

Dan drp Muhammad bin Waasi', telah berkata ia : Telah sampai kepadaku bahawa orang-orang mati (al-mautaa) adalah mengetahui akan zuwwaar (penziarah2/pengunjung2/visitors) mereka pada hari Jumu'at dan sehari sebelumnya serta sehari selepasnya. Dan adalah Nabi saw pergi menziarahi Syuhadaa` Uhud pada setiap tahun. Dan ini juga menjadi 'amalan Sayyidina Abu Bakar r.a. selepas wafatnya Baginda saw. Dan ini juga kemudiannya menjadi 'amalan Sayyidina 'Umar r.a. Sesungguhnya mereka berdua ini adalah menziarahi Maqoobir Syuhadaa` Uhud. Dan telah berkata Al-'Allaamah Ibnu Hajar Al-'Asqolaani rah.a. bahawa adalah menjadi suatu kesalahan untuk menghalang (mengabaikan) penziarah-penziarah qubur daripada menziarahi qubur-qubur atas alasan tidak sunyi (atau tidak terlepas) drp adanya golongan-golongan mubtadi'iin (pembid'ah2) dan golongan-golongan faajiriin (pencabul2/pema'siat2) dan atas alasan
tidak sunyi (atau tidak terlepas) drp adanya ikhtilaaturrijaali binnisaai (percampurbauran antara lelaki2 dan wanita2) di sekitar perkuburan (maqoobir), bahkan adalah dituntut supaya 'amalan menziarahi qubur-qubur itu sentiasa hidup berterusan. Dan penyelesaian yang paling baik adalah semua pihak hendaklah berpadu mencurahkan tenaga dan kekuatan dalam usha memperbaiki keadaan dan dalam usha mencegah muhdathaat (perkara-perkara yang baru). Dan adalah diharuskan bagi seorang perempuan tua/ber'umur ('ajuuz) untuk menziarahi qubur seandainya dia mahu mengingat akan mati dan mahu memperolehi/memindahkan/menghantarkan/meyampaikan pahala (iissooluththawaab).Dan adalah mustahab (disukai dan dianjurkan) bagi sesiapa yang ingin menziarahi qubur supaya bersolat naafil/sunat dua raka'at dahulu, hendaklah ia membaca dalam setiap raka'at akan Aayat Al-Kursiyy sekali dan Suurah Al-Ikhlaas tiga kali selepas bacaan Al-Faatihah dan berniat menyampaikan/menyambungkan pahala 'amalnya ini kepada simati (al-mayyit), juga supaya quburnya diberi nur. Kemudian setelah itu hendaklah ia pergi atau berangkat ke qubur dan menanggalkan kedua kasutnya dan hendaklah ia berdiri di hadapan qubur berkenaan dalam hal keadaan membelakangi qiblat dan hendaklah ia berkata ......(antara lain/mithalnya)....: " 'Alaikumussalaam yaa ahlalqobr ! Yaghfirullaahu lanaa wa lakum, Antum lanaa salafun wa nahnu bil ithr ! " [mafhumnya: Keatas kalian kesejateraan wahai ahli qubur ! Semoga Allah mengampuni buat kami dan buat kalian, Kalian adalah leluhur/predecessors kami (yakni kalian telah mendahului kami) dan kami pula adalah pengganti/successors kalian]. Jika mungkin hendaklah ia membaca Suurah Al-Faatihah dan Suurah Al-Baqorah drp permulaan hinggalah ke "Al-Muflihuun", dan Aayat Al-Kursiyy dan drp "Aamanarrasuul" hinggalah ke akhir Suurah Al-Baqorah itu, dan Suurah Yaasin dan Suurah Al-Mulk dan Suurah At-Takaathur dan Suurah Al-Ikhlaas sebelas kali atau tujuh kali dan selepas itu hendak ia berkata/berdoa :"Yaa Allah ausil thawaaba haazihil qiraa ah ilaa fulaan !"
[Maqsudnya : Wahai Allah sampaikan pahala bacaan ini kepada sifulaan !]. Telah berkata Abu Bakar bin Sa'iid bahawa adalah mustahab membaca Suurah Al-Ikhlaas sepuluh kali atau tujuh kali maka insyaAllaah simati itu akan mendapat keampunan jika sekiranya adalah ia seorang yang berdosa dan jika tidak sipembaca itu akan mendapat keampunan. Dan telah menerangkan para 'ulaama` bahawa setiap yang bersolat naafil/sunat tadi hendaklah juga berniat menyampaikan pahalanya kepada semua mu'miniin dan mu'minaat, dengan itu setiap mu'min dan mu'minah akan memperolehi pahalanya juga dan ini tidak akan mengurangi sedikit pun pahala orang yang bersolat tadi. Dan inilah dia Mazhab AhlisSunnah Wal Jamaa'ah. Adalah Sayyidina 'Umar r.a. telah mengerjakan 'Umrah bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake Rasuulullaah saw) pada setiap tahun. Dan adalah Ibnu Al-Muwaffiq (Al-Mufiq atau Al-Muwaffaq) rah.a. telah mengerjakan Haji bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake of Rasuulullaah saw) sebanyak 70 kali. Dan Ibnu As-Siraaj rah.a. telah mengkhatamkan pembacaan Al-Quraan Al-Kariim lebih drp 10,000 kali bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake of Rasuulullaah saw).

Al-Faaidah : Adalah mustahab berta'ziah kepada Soohibul Musiibah (orang yang menerimah musiibah) itu drp sa'at kematian hinggalah sampai tiga hari. Dan di'amkan ta'ziah itu kepada seluruh aqooribul mayyit (kaum qerabat simati) sama ada yang kecil, muda, besar dan tua. Dan adalah mustahab bagi yang berta'ziah untuk berkata/mengucap/berdoa : (mithalnya) " Ghafarallaahu ta'aala limayyitika wa tajaawaza 'anhu wa taghammadahu birahmatihi wa razaqoka as-sobra 'alaa musiibatihi !" [maqsudnya: Semoga Allah swt mengampuni buat simatimu itu dan sempga Allah swt mema'afkannya dan semoga Allah swt melimpahinya (menutupinya) dengan rahmatNya dan semoga Allah swt memberikan kpdmu kesabaran dalam menghadapi musiibahnya!]. Dan adalah tidak mengapa bagi Ahlil Musiibah (mereka yg menerima musiibah itu) untuk duduk tinggal di rumah atau di masjid buat selama tiga hari dan dalam hal keadaan orang ramai mengunjungi mereka dan berta'ziah kepada mereka. Dan adalah tidak dibolehkan untuk meraung dengan suara yang tinggi. Dan tangisan beserta riqqotul qolb (kehalusan dan kelembutan hati) adalah tidak mengapa. Juga tidak dianjurkan bagi lelaki untuk menghitamkan pakaian dan juga untuk mengoyak-ngoyakannya. Dan ada pun menghitam-hitamkan pipi dan tangan (taswiidul khuduudi wal aidii) dan merobek-robekkan poket (syaqqul juyuub) dan mencakar-cakarkan/menggaruk-garukkan muka (khadsyul wujuuh) dan mengembang-ngembangkan/menyerak-nyerakkan rambut (nasyrusysyu'uur) dan menabur-naburkan tanah (nathrutturaab) di atas kepala dan memukul-mukul akan paha dan dada (adhdhorbu 'alal fakhzi wassodr) adalah semuanya ini termasuk resam-resam jahiliyyah (rusuumul jaahiliyyah). Dan adalah tidak mengapa (malah dianjurkan) untuk menyediakan/menghantarkan makanan kepada ahli simati itu dan adalah tidak semubahnya bagi pihak simati itu menyediakan makanan dan keperluan bagi tetamu-tetamu yg datang buat selama tiga hari. Dan yang paling baik bagi pihak simati itu (sekiranya mereka mahu) ialah membahagi-bahagikan makanan kepada masaakiin (orang-orang miskin) dan muhtaajiin (orang-orang yang berhajat) dan berniat menyampaikan pahala kepada simati itu.

Demikianlah terjemahan kasar drp kitab berkenaan. Semoga sama-sama kita mengambil i'tibaar. Sekian. Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

p/s: Berdasarkan keterangan berkenaan, [1] Sayyidina 'Umar r.a. setiap tahun telah mengerjakan 'Umrah bagi pihak Rasuulullaah saw. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? [2] Ibnu Al-Muwaffiq rah.a. pula telah mengerjakan Haji bagi pihak Rasuulullaah saw sebanyak 70 kali. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? [3] Ibnu As-Siraaj rah.a. telah mengkhatam pembacaan Al-Quraan Al-Kariim lebih drp 10,000 kali bagi pihak Rasuulullaah saw. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? Untuk itu marilah kita merenung dan memikirkannya.....!

Selasa, 09 Oktober 2007

Amalan surah-surah penting

Surah Al-Kahfi

1. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad S.A.W, baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal. (Hadis riwayat, Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al- Tarmizi daripada Qatadah)
2. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa yang membaca sepuluh ayat akhir surah Al- Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al Dajjal". (Hadis riwayat Muslim dan al_Nasa'i)
3. Daripada Umar berkata : Nabi S.A.W telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)

Yaasiin

Daripada Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah s.w.t tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR Al-Tarmizi)

Ad-Dukhan

Daripada Abi Hurairah r.a berkata : nabi S.A.W telah bersabda : "Sesiapa membaca surah "Haamim Ad Dukhan" pada waktu malam Jumaat, maka dia diberi keampunan baginya." (HR Ibnu Katsir)

Al-Waqiah

Daripada Abi Dhibah "telah sakit Abdullah yang membolehkan kematiannya. maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a "Beliau bertanya apa yang kamu adukan? Abdullah menjawab : "Dosa- dosaku" dan apa yang kamu mahu sekarang?" Beliau menjawab : "rahmat Tuhanku". Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab "doktor lebih sakit daripada saya".

Usman berkata "Adakah kamu perlukan kepada wang.........."
Abdullah menjawab saya tidak berhajat kepadanya"

Usman berkata : Ini untuk anak-anak perempuan kamu selapas ketiadaan kamu. beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah tiap- tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Al-Hasyar

Daripada Fadhil Ibnu Yassa Al-Muzani r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda : "sesiapa yang membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis sami'il 'alimi minassyaitanir rajim" kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah s..w.t mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid. (HR At-Tarmizi)
Al-Mulk

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda "sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab allah kecuali "Tabarakallazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu "sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah Al-Mulk) menemui Allah s.w.t dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (simati) dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah s.w.t berfirman "Aku nampak kamu marah" Dia menjawab (surah) "Sesungguhnya saya marah. Allah s.w.t berfirman : pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya".

Nabi s.a.w bersabda "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati.Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kubur supaya si mati tidak merasa kesunyian"

Anas berkata :Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan". (HR Ibnu Katsir)

Wallahu'alam

Semoga ada manfaat

Minggu, 09 September 2007

SIKSAAN BAGI ORANG YANG MENYIA-NYIAKAN SHOLAT LIMA WAKTU

Berikut ini hadist yang terdapat di dalam kitab "Fadhillah Amal" yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria Al-Khandalawi RA :

Dalam suatu riwayat Nabi SAW bersabda,: "Barang siapa menyia-nyiakan sholat, maka Allah SWT akan mengazabnya dengan 15 siksaan.Enam macam siksaan akan ditimpakan ketika di dunia, tiga macam siksaan ketika mati, tiga macam siksaan ketika di alam kubur, dan Tiga macam siksaan ketika bangkit dari kubur.

Adapun Enam macam siksaan yang akan ditimpakan di dunia adalah :

1. Allah SWT akan mencabut keberkahan umurnya.
2. Allah SWT akan menghapuskan ciri-ciri keshalihan dari wajahnya.
3. Seluruh amal shalihnya tidak akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
4. Allah SWT tidak akan mengangkat do'anya ke langit.
5. Seluruh makhluk di dunia akan mencercanya.
6. Tidak akan mendapat bagian dari do'a orang-orang shalih.

Tiga macam siksaan ketika mati adalah :

1. Dia akan mati dalam keadaan hina.
2. Dia akan mati dalam keadaan lapar.
3. Dia akan mati dalam keadaan haus, sehingga walaupun dia diberi minum air seluruh samudra di dunia tidak akan bisa menghilangkan kehausannya.

Tiga macam siksaan ketika di alam kubur adalah :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburnya dan menghimpit tubuhnya, sehingga tulang-tulang rusuk kiri & kanannya saling bersilangan.
2. Api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan ia akan diguling-gulingkan di dalam baranya siang dan malam.
3. Allah SWT akan memasukkan ular berbisa yang bernama Syuja'ul-Agra' ke dalam kuburnya, kedua mata ular tersebut terbuat dari api, kuku-kukunya dari besi, panjang setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya, "Saya adalah Syuja'ul-Aqra'!". Suaranya seperti petir yang menyambar, ia berkata lagi, "Tuhanku telah memerintahkan aku untuk menderamu, karena kamu telah menyia-nyiakan sholat Shubuh hingga Dzuhur. Karena kamu telah menyia-nyiakan sholat Dzuhur hingga, Ashar, Ashar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isya', dan Isya' hingga Shubuh". Setiap pukulan akan membenamkan orang itu ke dalam tanah sedalam 70 hasta, lalu dengan kukunya ular itu akan mencungkilnya lagi keluar dari tanah, terus berulang-ulang sampai hari kiamat. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari adzab kubur.

Tiga macam siksaan yang akan ditimpakan pada hari kiamat (ketika dibangkitkan dari kubur) adalah :

1. Allah SWT memerintahkan malaikat untuk menarik orang itu hingga ke neraka Jahanam dengan wajah terseret.
2. Pada hari Hisab, Allah SWT akan memandang dia dengan pandangan murka, sehingga rontoklah daging wajah orang itu.
3. Allah SWT akan menghisabnya dengan hisab yang sangat keras, tiada keringanan sedikitpun baginya selama-lamanya, sehingga Allah SWT memasukkannya ke dalam neraka yang merupakan seburuk-buruk tempat.

Na'udzubillahi min dzalik. Semoga Allah SWT melindungi kita dari siksa-siksa tersebut dan menjadikan diri kita, keluarga, sanak famili kita dan semua manusia mampu menjaga sholat dengan baik sesuai yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW.

Kamis, 09 Agustus 2007

Wudhuk

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwuduk. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang- yakni menambahkan bercahayanya, maka wajarlah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwuduk itu sesempurna mungkin.

Dari Usman bin Affan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : Barangsiapa yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya, yakni memyempurnakan sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.
(Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?. Para sahabat menjawab : Baikah, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda : Yaitu menyempurnakan wuduk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi, seperti telampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki untuk kemasjid dan menantikan salat sesudah melakukan salat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan.
(Riwayat Muslim)

Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya : Tiada seseorangpun dari engkau semua yang berwuduk lalu ia memyampaikan yakni memyempurnakan wuduknya, kemudian mengucapkan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, melainkan dibukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manpun juga yang dikehendaki olehnya. (Riwayat Muslim)

Senin, 09 Juli 2007

Tangisan Seorang Gadis Cilik

Fathimah adalah seorang gadis kecil yang lemah lembut dan berani, namun hidup dalam keprihatinan. Pada masa kanak-kanak, dia tidak memperoleh kehidupan dalam kemanjaan yang biasa dinikmati oleh anak-anak sebayanya. Keluarganya hidup dalam pengasingan sehingga kecerian bermain, bercanda, dan bermanja berganti dengan hinaan dan cercaan dari kaum Quraisy. Ketika berangkat remaja, diapun ditinggalkan oleh ibu tercintanya, Khadijah. Tugas rumah tangga pun beralih kepadanya, karena semua saudara perempuannya telah mengikuti suami mereka. Semua itu dijalaninya dengan penuh keprihatinan, namun ikhlas.

Hari-harinya penuh dengan tugas kerumahtanggaan. Dialah yang menyediakan makanan, minuman, dan segala keperluan untuk ayah tercintanya, Rasulullah Saw. Dia pulalah yang menghibur dan menyenangkan hati sang ayah bila duka melandanya. Gadis kecil yang tabah dan lembut itu telah menjadi pengganti ibu di rumah tangga ayahnya.

Pada suatu hari, ketika sedang asyik menyediakan makanan untuk ayahnya, tiba-tiba temannya memanggil dari luar, "Fathimah, Fathimah, kesinilah, lihatlah ayahmu." "Kenapa dengan Ayahku ?" tanya Fathimah dengan cemas. "Orang-orang Quraisy telah memperolok-olokkan ayahmu di Masjidil Haram,"kata teman Fathimah. Tanpa mendengarkan lanjutan cerita temannya itu, Fathimah tergesa-gesa berlari dan berlari menuju Ka'bah. Setibanya dilapangan terbuka dekat Ka'bah, Fathimah melihat ayahnya, Rasulullah, sedang bersujud, sementara orang-orang kafir mengerumuninya. Dia bergegas menghampiri orang tuanya.

"Astaghfirullah," kata Fathimah.Dia melihat punggung orang tuanya berlumuran dengan kotoran unta. Secepat kilat dibersihkannya kotoran yang menempel dipunggung ayahnya. Ketika hampir selesai didengarnya orang ramai terbahak-bahak. Fathimah berpaling dan dengan kesal berkata, "Alangkah sampai hati kalian memperolok-olok ayahku, padahal dia adalah keluarga kalian sendiri. "

Mendengar ucapan Fathimah, olok-olok mereka tidak malah reda, tetapi bahkan tawa mereka semakin seru. Salah seorang diantara mereka berkata, "Orang tuamu yang telah memperolok-olok agama nenek moyang kita."

"Ketahuilah, apa yang telah dikatakan oleh ayahku adalah ajaran yang benar. Kalian telah sesat selama ini. Tidak ada yang dikatakan oleh ayahku, kecuali apa yang telah diwahyukan Tuhan kepadanya." balas Fathimah dengan berani.

"Haaa,haaa,haa," tawa meraka bertambah seru mendengar cerita Fathimah seraya berkata, "Cerita kamu itu adalah cerita orang gila." Fathimah merasa tersinggung. Dia berkata,"Janganlah kau tuduhkan hal yang demikian itu kepada keluargamu sendiri. Pernahkah ayahku membohongi kalian? Bukankah dia yang telah menyelesaikan perselisihan diantara kalian ?Bukankah kalian yang memberinya gelar Al-Amin (yang dapat dipercaya)?"

Mereka terdiam. Apa yang dikatakan Fathimah adalah benar. Mereka tidak dapat menyangkalnya. Mereka terdiam sejenak, dan berangsur-angsur meninggalkan fathimah. Mereka bergumam,"Seorang Kanak-kanak membela ayahnya."

Fathimah pun kembali membersihkan punggung ayahnya, sementara air matanya menetes tak tertahan melihat penderitaan ayah tercintanya.Akhirnya, diapun menangis sesenggukan.

Setelah ayahnya mengucapkan salam sujudnya, Dilihatnya Fathimah menangis tersedu- sedu. "kenapa kau menangis, anakku?" tanya Rasulullah. fathimah bertambah menangis, sehingga nafasnya memburu menahan sedu."Duh Ayahku, alangkah tabah hatimu. Mereka telah melumuri pakaianmu dengan kotoran, meraka telah memperolok-olokmu, namun tidak ada dendam di hatimu."

"Ketahuilah anakku, mereka tidak menyadari perbuatannya, "Rasulullah menghibur anak gadisnya. Sambil berbimbingan mereka pulang kerumah. Selama dalam perjalanan, fathimah bersesenggukan. Dia prihatin terhadap nasib yang menimpa rasulullah.

Pada suatu hari yang lain, Rasulullah pulang ke rumah dengan muka sembab dan pakaian yang penuh kotoran. Di pelipis tampak ada darah mengalir. Fathimah tersedu lagi,"Duh ayahku, alangkah menderitanya engkau." Ayah tersayang menjawab, "Anakku ..., tidak ada kebahagiaan tanpa penderitaan." Fathimah segera saja mengambil kain dan air, kemudian membersihkan luka ayahnya. Hatinya pilu dan air matanya tak tertahankan lagi. Dia pun menangis sesenggukan.

"Jangan menangis anakku, dan jangan marah kepada orang yang telah berbuat tidak baik kepada ayahmu. Doakanlah mereka semoga mereka cepat menyadari kesesatannya," ujar Rasulullah menasehati anaknya.

Sifat seorang ayah yang suka memaafkan orang yang berbuat jahil terhadapnya ini, mengalir kepada Fathimah. "Alangkah pemaafnya engkau ayahh, " kata batin Fathimah. "Adakah orang yang telah menyakiti dirimu, tetapi tidak kau maafkan ? Dapatkah aku memaafkan orang yang telah berbuat pada diriku? Oh ayah alangkah baiknya jiwamu. Akan kuingat sifat ayah yang pemaaf ini"."Sifat pemaaf inilah yang menempa gadis cilik ini. Sifat ini telah menjadikannya bersifat zuhud, menerima dengan ridha apa yang menimpa dirinya.

Kenyataan pahit yang melanda keluarganya, gangguan-gangguan menyakitkan yang menimpa ayahnya, menyebabkan gadis kecil lebih cepat dewasa di banding umurnya. Fathimah cepat dewasa dalam berfikir, sehingga cepat menanggapi situasi yang dihadapinya.

Sabtu, 09 Juni 2007

JAUHILAH 7 PERKARA

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah SAW telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah SAW bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu :

1. MenyekutukanNya
2. melakukan perbuatan sihir
3. membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak
4. memakan harta anak yatim
5. memakan harta riba
6. lari dari medan pertempuran
7. dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina.

[Bukhari & Muslim]

Rabu, 09 Mei 2007

Tertutupnya Kalbu

Upaya mendapatkan cahaya (petunjuk) Allah memang ibarat astronom yang berupaya menangkap cahaya alam dengan sistem teleskop besar yang sangat peka, manusia pun harus menggunakan kalbu (qalb) yang sangat peka.
Kalbu manusia memang merupakan detektor yang sangat peka. Namun, sering kali kepekaannya bisa berkurang atau bahkan menghilang ketika kalbu itu mulai tertutup debu-debu dosa dan tak ada upaya membersihkannya. Perilaku kalbu itu pun memang mirip dengan fungsi teleskop dan detektornya.

Bayangkan, astronom yang bekerja dengan teleskopnya menangkap cahaya alam. Malam cerah tak berawan, cahaya bintang begitu cemerlang menembus teleskop dan direkam detektor kamera CCD. Berpuluh megabite data dapat terekam semalaman siap untuk diolah. Namun, upaya itu percuma ketika analisis citra menunjukkan adanya ghost image, gambar aneh yang merusak kecemerlangan cahaya bintang.
Ternyata, detektor peka itu terselubung titik-titik embun. Walaupun sekadar embun tipis, hal itu cukup untuk menghilangkan makna cahaya bintang. Apalagi bila debu tebal yang menutupinya, pasti cahaya tak mungkin masuk.

Kalbu pun demikian. Bila debu-debu dosa menyelimutinya, kepekaannya makin hilang. Jangankan berfungsi sebagai detektor yang bisa membimbing manusia, untuk sekadar menangkap cahaya Allah pun mustahil. Padahal, kalbu berfungsi sebagai detektor pembeda yang baik dan buruk. Rasulullah saw telah berpesan, ''Mintalah fatwa pada kalbumu; kebajikan adalah segala yang menenteramkan jiwa dan kalbu, sedangkan dosa adalah segala yang meragukan dalam jiwa dan hati, walaupun orang lain membenarkannya,''
(HR Ahmad dan Addarimi).

Kemunafikan dapat menutup kalbu (QS 63: 3), apalagi kekafiran (QS 2:7, 2:88). Kalbunya tidak dapat dibersihkan lagi (QS 5:41). Bahkan, kalbunya menjadi sangat keras, tanpa celah yang dapat ditembus (QS 2:74). Kalbu yang demikian sama sekali tak dapat lagi menerima cahaya Allah, termasuk cahaya Alquran (QS 6:25).
Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai kalbu, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai (QS 7:179).

Walaupun mata dan telinga berfungsi juga sebagai detektor fisis, tetapi dalam hal menangkap cahaya Allah kalbulah yang paling berperan. Pokok pangkal kesesatan itu bukan karena butanya mata atau tulinya telinga, tetapi karena tidak berfungsinya kalbu (QS 22:46).

Kalbu yang tidak berfungsi baik, karena telah tertutup atau mengeras, cenderung membentuk perilaku manipulatif. Korupsi, kolusi, dan segala ketidakadilan bersumber dari tidak berfungsinya kalbu.

Hanya dengan iman dan zikir kalbu dapat dipelihara kepekaannya (QS 64:11) dan menjadi tenteram (QS 13:28) hingga mampu bergetar setiap cahaya Allah menyentuhnya (QS 8:2).

Kamis, 12 April 2007

Sebab-sebab Naik-turunnya Iman Dan Cara Meningkatkan Keimanan

CARA MENAIKKAN KADAR IMAN :
1. Pelajarilah berbagai ilmu agama Islam yang bersumber pada Al-Qur’an dan Hadits
a. Perbanyaklah membaca Al-Qur’an dan renungkan maknanya
Ayat-ayat Al-Qur’an memiliki target yang luas dan spesifik sesuai kebutuhan masing-masing orang yang sedang mencari atau memuliakan Tuhannya. Sebagian ayat Al-Qur’an mampu menggetarkan kulit seseorang yang sedang mencari kemuliaan Allah, dilain pihak Al-Qur’an mampu membuat menangis seorang pendosa, atau membuat tenang seorang pencari ketenangan.
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran.”(QS, Shaad 38:29)
”Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang lalim selain kerugian.” (QS, al-Israa’ 17:82)
b. Pelajarilah ilmu mengenai Asma’ul Husna, Sifat-sifat Yang Maha Agung.
Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui, maka ia akan menahan lidahnya, anggota tubuhnya dan gerakan hatinya dari apapun yang tidak disukai Allah.
Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Indah, Maha Agung dan Maha Perkasa, maka semakin besarlah keinginannya untuk bertemu Allah di hari akhirat sehingga iapun secara cermat memenuhi berbagai persyaratan yang diminta Allah untuk bisa bertemu dengan-Nya (yaitu dengan memperbanyak amal ibadah).
Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Santun, Maha Halus dan Maha Penyabar, maka iapun merasa malu ketika ia marah, dan hidupnya merasa tenang karena tahu bahwa ia dijaga oleh Tuhannya secara lembut dan sabar.
c. Pelajari dengan cermat sejarah (Siroh) kehidupan Rasulullah SAW.
Dengan memahami perilaku, keagungan dan perjuangan Rasulullah, akan menumbuhkan rasa cinta kita terhadapnya, kemudian berkembang menjadi keinginan untuk mencontoh semua perilaku beliau dan mematuhi pesan-pesan beliau selaku utusan Allah.
Seorang sahabat r.a. mendatangi Rasulullah saw dan bertanya, “Wahai Rasul Allah, kapan tibanya hari akhirat?”. Rasulullah saw balik bertanya : “Apakah yang telah engkau persiapkan untuk menghadapi hari akhirat?”. Si sahabat menjawab , “Wahai Rasulullah, aku telah sholat, puasa dan bersedekah selama ini, tetap saja rasanya semua itu belum cukup. Namun didalam hati, aku sangat mencintai dirimu, ya Rasulullah”. Rasulullah saw menjawab, “Insya Allah, di akhirat kelak engkau akan bersama orang yang engkau cintai”. (HR Muslim) Inilah hadits yang sangat disukai para sahabat Rasulullah SAW. Jelaslah bahwa mencintai Rasulullah adalah salah satu jalan menuju surga, dan membaca riwayat hidupnya (siroh) adalah cara terpenting untuk lebih mudah memahami dan mencintai Rasulullah SAW.
d. Mempelajari Jasa-jasa dan Kualitas Agama Islam
Perenungan terhadap syariat Islam, hukum-hukumnya, akhlak yang diajarkannya, perintah dan larangannya, akan menimbulkan kekaguman terhadap kesempurnaan ajaran agama Islam ini. Tidak ada agama lain yang memiliki aturan dan etiket yang sedemikian rincinya seperti Islam, dimana untuk makan dan ke WC pun ada adabnya, untuk aspek hukum dan ekonomi ada aturannya, bahkan untuk berhubungan suami -istripun ada aturannya.
e. Mempelajari Kehidupan Orang-orang Sholeh (generasi Shalafus Sholihin, para sahabat Rasulullah SAW, murid-murid para sahabat, tabi’in dan tabi’it tabi’in)
Mereka adalah generasi-generasi terbaik dari Islam. Mereka adalah orang-orang yang kadar keimanannya diibaratkan sebesar gunung Uhud sementara manusia zaman kini diibaratkan kadar keimananya tak lebih dari sebutir debu dari gunung Uhud. Umar r.a. pernah memuntahkan makanan yang sudah masuk ke perutnya ketika tahu bahwa makanan yang diberikan padanya kurang halal sumbernya. Sejarah lain menceritakan tentang lumrahnya seorang tabi’in meng-khatamkan Qur’an dalam satu kali sholatnya. Atau cerita tentang seorang sholeh yang lebih dari 40 tahun hidupnya berturut-turut tidak pernah sholat wajib sendiri kecuali berjamaah di mesjid. Atau seorang sholeh yang menangis karena lupa mengucap doa ketika masuk mesjid. Inilah cerita-cerita teladan yang mampu menggetarkan hati seorang yang sedang meningkatkan keimanannnya.
2. Renungkanlah tanda-tanda kebesaran Allah yang ada di alam (ma’rifatullah)
Singkirkan dulu kesombongan akal kita, renungkan secara tulus bagaimana alam ini diciptakan. Sungguh pasti ada kekuatan luar biasa yang mampu menciptakan alam yang sempurna ini, sebuah struktur dan sistem kehidupan yang rapi, mulai dari tata surya, galaksi hingga struktur pohon dan sel-sel atom.
Renungkan pula rahasia dan mukjizat Qur’an. Salah satu keajaiban Al Qur’an adalah struktur matematis Al Qur’an. Walau wahyu Allah diturunkan bertahap namun ketika seluruh wahyu lengkap maka ditemukan bahwa kata tunggal “hari” disebut sebanyak 365 kali, sebanyak jumlah hari pada satu tahun syamsiyyah (masehi). Kata jamak hari disebut sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu bulan. Sedang kata Syahrun (bulan) dalam Al Quran disebut sebanyak 12 kali sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun. Kata Saa’ah (jam) disebutkan sebanyak 24 kali sama dengan jumlah jam sehari semalam. Dan semua kata-kata itu tersebar di 114 surat dan 6666 ayat dan ratusan ribu kata yang tersusun indah. Dan masih banyak lagi keajaiban dan mukjizat Al Quran dari sisi pandang lainnya yang membuktikan bahwa itu bukan karya manusia. Masih banyak pula mukjizat lainnya di alam ini yang membuktikan bahwa alam ini memiliki struktur yang sangat sempurna dan tidak mungkin tercipta dengan sendirinya. Adalah lumrah, bahwa sesuatu yang tidak mungkin diciptakan manusia, pastilah diciptakan sesuatu yang Maha Kuasa, Maha Besar. Inilah yang menambah kecilnya diri kita dan menambah kekaguman dan cinta serta iman kita kepada Sang Pencipta alam semesta ini.
3. Berusaha keras melakukan amal perbuatan yang baik secara ikhlas
Amal perbuatan perlu digerakkan. Dimulai dari hati, kemudian terungkap melalui lidah kita dan kemudian anggota tubuh kita. Selain ikhlas, diperlukan usaha dan keseriusan untuk melakukan amalan-amalan ini.
a. Amalan Hati
Dilakukan melalui pembersihan hati kita dari sifat-sifat buruk, selalu menjaga kesucian hati. Ciptakan sifat-sifat sabar dan tawakal, penuh takut dan harap akan Allah. Jauhi sifat tamak, kikir, prasangka buruk dan sebagainya.
b. Amalan Lidah
Perbanyak membaca Al-Qur’an, zikir, bertasbih, tahlil, takbir, istighfar, mengirim salam dan sholawat kepada Rasulullah dan mengajak orang lain kepada kebaikan, melarang kemungkaran.
c. Amalan Anggota Tubuh
Dilakukan melalui kepatuhan dalam sholat, pengorbanan untuk bersedekah, perjuangan untuk berhaji hingga disiplin untuk sholat berjamaah di mesjid (khususnya bagi pria).
SEBAB-SEBAB TURUNNYA KADAR IMAN :
Sebab-sebab dari dalam diri kita sendiri (Internal) :
1. Kebodohan
Kebodohan merupakan pangkal dari berbagai perbuatan buruk. Seseorang berbuat jahat boleh jadi karena ia tak tahu bahwa perbuatan itu dilarang agama, atau ia tidak tahu ancaman dan bahaya yang akan dihadapinya kelak di akhirat, atau ia tidak tahu keperkasaan Sang Maha Kuasa yang mengatur denyut jantungnya, mengatur musibah dan rezekinya.
2. Ketidakpedulian, keengganan dan melupakan
Ketidakpedulian menyebabkan pikiran seseorang diisi dengan hal-hal duniawi yang hanya ia sukai (yang ia pedulikan), sedangkan yang bukan ia sukai tidak diberi tempat dipikirannya. Ini menyebabkan ia tidak ingat (dzikir) pada Allah, sifatnya tidak tulus, tidak punya rasa takut dan malu (kepada Allah), tidak merasa berdosa (tidak perlu tobat), dan bisa jadi ia menjadi sombong karena tidak merasakan pentingnya berbuat rendah hati dan sederhana.
Kengganan seseorang untuk melakukan suatu kebaikan padahal ia tahu hal itu telah diperintahkan Allah, maka ia termasuk orang yang men-zhalimi (melalaikan) dirinya sendiri. Allah akan mengunci hatinya dari jalan yang lurus (al-Kahfi 18:5), dan ia akan menjadi teman syeitan (Thaaha 20:124).
Melupakan kewajiban dan kepatuhan seseorang dalam beribadah berawal dari sifat lalai atau lemah hatinya. Waktu dan energinya harus didorong agar diisi lebih banyak dengan perbuatan amal sholeh, kalau tidak maka kesenangan duniawi akan semakin menguasai dirinya hingga ia semakin jauh dari ingat (dzikir) kepada Allah.
3. Menyepelekan dan melakukan perbuatan dosa
Awal dari perbuatan dosa adalah sikap menyepelekan (tidak patuh terhadap) perintah dan larangan Allah. Perbuatan dosa umumnya dilakukan secara bertahap, misalnya dimulai dari zinah pandangan mata yang dianggap dosa kecil kemudian berkembang menjadi zinah tubuh. Dosa-dosa kecil yang disepelekan merupakan proses pendidikan jahat (pembiasaan) untuk menyepelekan dosa-dosa besar. Karena itu basmilah dosa-dosa kecil selagi belum tumbuh menjadi dosa besar.
4. Jiwa yang selalu memerintahkan berbuat jahat
Ibnul Qayyim Al Jauziyyah mengatakan, Allah menggabungkan dua jiwa, yakni jiwa jahat dan jiwa yang tenang sekaligus dalam diri manusia, dan mereka saling bermusuhan dalam diri seorang manusia. Disaat salah satu melemah, maka yang lain menguat. Perang antar keduanya berlangsung terus hingga si empunya jiwa meninggal dunia. Adalah sungguh merugi orang-orang yang jiwa jahatnya menguasai tubuhnya. Seperti sabda Rasulullah, “..barang siapa yang diberi petunjuk Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang disesatkannya maka tidak ada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk”. Sifat lalai, tidak mau belajar agama, sombong dan tidak peduli merupakan beberapa cara untuk membiarkan jiwa jahat dalam tubuh kita berkuasa. Sedangkan sifat rendah hati, mau belajar, mau melakukan instropeksi (muhasabah) merupakan cara untuk memperkuat jiwa kebaikan (jiwa tenang) yang ada dalam tubuh kita.
Sebab-sebab dari luar diri kita (External) :
1. Syaitan
Syaitan adalah musuh manusia. Tujuan syaitan adalah untuk merusak keimanan orang. Siapa saja yang tidak membentengi dirinya dengan selalu mengingat Allah maka ia menjadi sarang syaitan, menjerumuskannya dalam kesesatan, ketidak patuhan terhadap Allah, membujuknya melakukan dosa.
2. Bujukan dan rayuan dunia
Allah SWT berfirman : “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”. (QS, al-Hadiid 57:20).
Tujuan hidup manusia seluruhnya untuk akhirat. Apapun kegiatan dunia yang kita lakukan, seperti mencari nafkah, menonton TV, bertemu teman dan keluarga, seharusnya semua itu ditujukan untuk meraih pahala akhirat. Tidak secuilpun dari kegiatan duniawi boleh dilepaskan dari aturan main yang diperintahkan atau dilarang Allah. Ibnul Qayyim mengibaratkan hati sebagai suatu wadah bagi tujuan hidup manusia (akhirat dan duniawi) dengan kapasitas (daya tampung) tertentu. Ketika tujuan duniawi tumbuh maka ia akan mengurangi porsi tujuan akhirat. Ketika porsi tujuan akhirat bertambah maka porsi tujuan duniawi berkurang. Dalam situasi dimana tujuan dunia menguasai hati kita maka hanya tersisa sedikit porsi akhirat di hati kita, dan inilah awal dari menurunnya keimanan kita.
3. Pergaulan yang buruk
Rasulullah bersabda : “Seseorang itu terletak pada agama teman dekatnya, sehingga masing-masing kamu sebaiknya melihat kepada siapa dia mengambil teman dekatnya” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, al-Hakim, al-Baghawi).
Seorang teman yang sholeh selalu memperhatikan perintah dan larangan Allah, karenanya ia selalu mengajak siapa saja orang disekitarnya untuk menuju kepada kebaikan dan mengingatkan mereka bila mendekati kemungkaran. Teman dan sahabat yang sholeh sangat penting kita miliki di zaman kini dimana pergaulan manusia sudah sangat bebas dan tidak lagi memperhatikan nilai-nilai agama Islam. Berada diantara teman-teman yang sholeh akan membuat seorang wanita tidak merasa asing bila mengenakan jilbab. Demikian pula seorang pria bisa merasa bersalah bila ia membicarakan aurat wanita diantara orang-orang sholeh. Sebaliknya berada diantara orang-orang yang tidak sholeh atau berperilaku buruk menjadikan kita dipandang aneh bila berjilbab atau bahkan ketika hendak melakukan sholat.
Menaikkan kadar iman bukanlah suatu pekerjaan mudah, karena begitu banyak usaha (menuntut ilmu, amalan-amalan) yang harus kita lakukan disamping godaan (syaitan, duniawi) yang akan kita hadapi. Paling tidak kita termasuk orang-orang yang lebih beruntung dibanding orang lain yang belum sempat mengetahui “sebab-sebab naik-turunnya iman” dalam tulisan ini. Mari kita ingatkan teman-teman kita dengan menyebarkan tulisan ini.
Sumber :
1. Sebab-sebab Naik Turunnya Iman, oleh Syaikh Abdur Razzaaq al-Abbaad
2. Asma’ul Husna, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
3. Penawar Hati yang Sakit, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
sumber:
http://kebunhidayah.wordpress.com/2009/05/19/sebab-sebab-naik-turunnya-iman-dan-cara-meningkatkan-keimanan/

Senin, 09 April 2007

SIKSAAN BAGI ORANG YANG MENYIA-NYIAKAN SHOLAT LIMA WAKTU

Berikut ini hadist yang terdapat di dalam kitab "Fadhillah Amal" yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria Al-Khandalawi RA :

Dalam suatu riwayat Nabi SAW bersabda,: "Barang siapa menyia-nyiakan sholat, maka Allah SWT akan mengazabnya dengan 15 siksaan.Enam macam siksaan akan ditimpakan ketika di dunia, tiga macam siksaan ketika mati, tiga macam siksaan ketika di alam kubur, dan Tiga macam siksaan ketika bangkit dari kubur.

Adapun Enam macam siksaan yang akan ditimpakan di dunia adalah :

1. Allah SWT akan mencabut keberkahan umurnya.
2. Allah SWT akan menghapuskan ciri-ciri keshalihan dari wajahnya.
3. Seluruh amal shalihnya tidak akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
4. Allah SWT tidak akan mengangkat do'anya ke langit.
5. Seluruh makhluk di dunia akan mencercanya.
6. Tidak akan mendapat bagian dari do'a orang-orang shalih.

Tiga macam siksaan ketika mati adalah :

1. Dia akan mati dalam keadaan hina.
2. Dia akan mati dalam keadaan lapar.
3. Dia akan mati dalam keadaan haus, sehingga walaupun dia diberi minum air seluruh samudra di dunia tidak akan bisa menghilangkan kehausannya.

Tiga macam siksaan ketika di alam kubur adalah :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburnya dan menghimpit tubuhnya, sehingga tulang-tulang rusuk kiri & kanannya saling bersilangan.
2. Api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan ia akan diguling-gulingkan di dalam baranya siang dan malam.
3. Allah SWT akan memasukkan ular berbisa yang bernama Syuja'ul-Agra' ke dalam kuburnya, kedua mata ular tersebut terbuat dari api, kuku-kukunya dari besi, panjang setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya, "Saya adalah Syuja'ul-Aqra'!". Suaranya seperti petir yang menyambar, ia berkata lagi, "Tuhanku telah memerintahkan aku untuk menderamu, karena kamu telah menyia-nyiakan sholat Shubuh hingga Dzuhur. Karena kamu telah menyia-nyiakan sholat Dzuhur hingga, Ashar, Ashar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isya', dan Isya' hingga Shubuh". Setiap pukulan akan membenamkan orang itu ke dalam tanah sedalam 70 hasta, lalu dengan kukunya ular itu akan mencungkilnya lagi keluar dari tanah, terus berulang-ulang sampai hari kiamat. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari adzab kubur.

Tiga macam siksaan yang akan ditimpakan pada hari kiamat (ketika dibangkitkan dari kubur) adalah :

1. Allah SWT memerintahkan malaikat untuk menarik orang itu hingga ke neraka Jahanam dengan wajah terseret.
2. Pada hari Hisab, Allah SWT akan memandang dia dengan pandangan murka, sehingga rontoklah daging wajah orang itu.
3. Allah SWT akan menghisabnya dengan hisab yang sangat keras, tiada keringanan sedikitpun baginya selama-lamanya, sehingga Allah SWT memasukkannya ke dalam neraka yang merupakan seburuk-buruk tempat.

Na'udzubillahi min dzalik. Semoga Allah SWT melindungi kita dari siksa-siksa tersebut dan menjadikan diri kita, keluarga, sanak famili kita dan semua manusia mampu menjaga sholat dengan baik sesuai yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW.

Selasa, 06 Maret 2007

Kisah Istri Nabi Nuh

Isteri Nabi Nuh Menempuh Jalan Kesesatan "Allah membuat perumpamaan bagi orang yang ingkar: Isteri Nuh dan isteri Luth, mereka adalah isteri dua orang hamba di antara hamba- hamba Kami yang soleh. Tapi mereka berkhianat (kepada suami- suaminya). Maka, mereka tiada berdaya membantu mereka sedikitpun terhadap seksaan Allah. Kepada mereka dikatakan: "Masuklah kamu ke dalam neraka Jahannam bersama orang yang masuk ( ke dalamnya)!" (At- Tahrim: 10) Seorang wanita bangun dari tidurnya, dan langsung menuju dapur untuk membuat makanan dan kueh-kueh. Setelah semua pekerjaan itu selesai, ia segera keluar rumah tanpa memberitahu suaminya, Nabi Nuh. Sebelum pintu rumahnya terbuka, tiba-tiba anak-anaknya yang masih muda, Kan'an, menegurnya: "Mahu ke mana Ibu pagi-pagi ini?" Ibu mengisyaratkan sesuatu agar anaknya merendahkan suara, supaya tidak terdengar oleh orang lain. Lalu berkata : "Lupakah kamu, Kan'an, bahwa hari ini adalah hari raya tuhan-tuhan kita? Aku akan pergi ke Makbad Besar. Di sana kaum kita telah menunggu untuk bersama-sama melaksanakan penyembahan kepada tuhan yang telah memberi rezeki dan menolong kita." Kan'an memandang ibunya dengan wajah tersenyum, dan kemudian berkata : "Ibu berbuat yang terbaik. Nanti aku akan menyusul ke sana, sebab bukankah ibu tahu bahwa ayah tidak senang melihat kita bekerjasama dalam hal ini." Pergilah isteri Nuh ke Makbad Besar itu. Sesampainya di sana, ia segera berdiri di depan berhala dan berucap : "Wed, Suwa, Yaghuts ya'uq, dan Masr..." (nama-nama, berhala) la kemudian memohon, berdoa, mendekatkan diri, dan mempersembahkan makanan serta minuman bagi para penjaga yang mulai menyuarakan kalimat-kalimat yang tidak dapat difahami maksudnya. Kemudian mereka menunjukkan kepada tuhan-tuhan, dan sekali lagi menunjuk kepada orang-orang yang mempersembahkan korban dan mengangkat wajah mereka dengan mata terpejam, agar orang yang mempersembahkan korban itu merasa bahwa Tuhan senang dan rela kepada mereka. Isteri Nabi Nuh melihat, dan ia dapati puteranya Kan'an, telah keluar dari ruangan sembahan menuju arena tarian di sebelah Makbad. Di tempat itu, kaum lelaki dan perempuan bercampur menjadi satu; melakukan perbuatan-perbuatan sesuka hati mereka sambil bersukaria. Melihat itu, sang ibu merasa cemas dan khuatir terhadap keadaan anaknya. Diserunya Kan'an agar kembali kepadanya, tetapi Kan'an malah bersembunyi di tengah-tengah keramaian itu tatkala ia mendengar panggilan ibunya. Karena Kan'an tidak kembali setelah lama dipanggil, sang ibu segera kembali menuju berhala-berhala dan mulai berdoa lagi. Ia tidak ingin menyibukkan diri dengan urusan anaknya itu. Sambil berdoa, ia mengeluarkan secarik kain yang telah disapu wangi-wangian dari bungkusannya, dan kemudian diletakkannya di kaki berhala. Itulah pekerjaan yang biasa dilakukannya. Waktu berlalu dengan cepat, dan upacara penyembahan akhirnya selesai. Isteri Nabi Nuh kemudian kembali ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, ia bertemu dengan anaknya, Kan'an, yang wajahnya tampak masam air mukanya. Cepat-cepat ia mendekati anaknya itu dan berkata : "Apa yang sedang kamu fikirkan, Puteraku?" "Tahukah ibu, apa yang telah dilakukan Nuh, ayahku?" Kata Kan'an. "Apa yang ia perbuat, Kan'an?" Tanya ibunya dengan wajah penuh kesedihan. "Ia menyeru umat di pasar, dan orang-orang di sekelilingnya, dan membantah apa yang diserukan mereka!" Jawab Kan'an. "Apa yang telah dilakukannya di pasar?" Tanya ibunya kemudian! Apakah ia hendak menjual kayu-kayu yang ia jadikan perkakas rumah?" Anaknya menjawab: "Aku telah mendengar bahwa ia berkata: `Hai, kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagimu; maka sembahlah Allah, bertakwalah dan taatlah kepadaNya." Isteri Nabi Nuh memandang Kan'an seraya berkata: "Kalau begitu, ayahmu tidak menghendaki kita menyembah tuhan-tuhan yang memberi rezeki dan memelihara kita."
"Sesungguhnya ia benci akan hal itu dan bahkah menghinanya. Ia tidak pernah bersedia mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan yang biasa kita lakukan," jawab Kan'an. Isteri Nuh dan anaknya pulang ke rumah. Sepanjang jalan keduanya lebih banyak membisu. Tetapi kemudian Kan'an memecahkan kesunyian itu dengan bertanya: "Apakah yang akan kita lakukan ibu, bila ayah menyeru kita seperti yang ia serukan kepada kaum negeri ini?" "Tuhan-tuhan akan mengutukmu, Kan'an, jika engkau turuti seruan ayahmu itu!" Jawab ibunya. "Apakah kita akan meninggalkan agama kita dan agama nenek moyang kita hanya karena ayahmu menyerukan yang lain? Tidak! Sesungguhnya hal itu tidak boleh terjadi!" Sebelum tengah malam tiba, Nabi Nuh telah sampai di rumahnya. Semalaman isteri dan anak Nuh tidak dapat memejamkan mata. Nabi Nuh meletakkan tongkatnya di dinding rumahnya, kemudian duduk. Tidak lama, isterinya mendekati dan berkata: "Mengapa engkau terlambat pulang sampai larut malam?" "Aku mesti menyampaikan risalah yang diperintahkan Allah kepadaku." Jawab Nabi Nuh. "Risalah apakah itu, Nuh?" Tanya isterinya. Nabi Nuh menjawab: "Agar manusia menyembah Tuhannya dan meninggalkan penyembahan kepada berhala-berhala." "Kamu telah bertahun-tahun hidup bersama kami," sahut isterinya kemudian. "Tetapi kini kamu berselisih dengan apa yang disembah oleh kaummu. Maka, bagaimanakah mereka akan percaya kepadamu, yang tiba- tiba mengatakan bahwa Allah telah mengutusmu kepada mereka dengan membawa suatu risalah dan menyeru mereka untuk meninggalkan sembahannya?" Nabi Nuh menjawab: "Allah telah memilihku untuk menjalankan tugas ini bila saja Dia kehendaki. Kumpulkan ke mari anak-anak kita, aku akan menunjukkan kepada mereka tentang risalah yang kubawa ini, sebagaimana yang telah kuserukan kepada manusia!" Isteri Nuh tidak bergerak dari tempatnya, sementara anaknya Kan'an, telah duduk di sampingnya. Ia kemudian berkata kepada Nabi Nuh : "Anak-anakmu sedang tidur. Tundalah hal itu sampai datang waktu pagi!" Kalau begitu, aku akan menyampaikan masalah ini kepada kalian berdua lebih dahulu." "Mengapa kamu tergesa-gesa dalam urusan ini, tidurlah sampai esok pagi!" Sahut isterinya. "Tidak!" Kata Nabi Nuh. "Aku harus melaksanakan tanggungjawabku terhadap Allah. Sesungguhnya kamu berdua adalah ahli baitku, dan aku harus menjadi orang yang menyeru kamu berdua pertama kali. Bersaksilah bahwa Allah itu satu, tidak ada sekutu bagi-Nya dan tinggalkanlah semua yang kamu sembah kecuali Allah." Mendengar itu Kan'an melihat ke arah ayah dan ibunya. Sang ibu pula memandang kepadanya seraya mengangguk dan berkata : "Kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dan tuhan-tuhan kaum kami semua." Dan Kan'an pula berkata, setelah, mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya itu : "Wahai, ayah, kulihat ayah menolak ucapannya." Nabi Nuh menjawab : "Tidak mungkin aku akan meninggalkan risalah yang dibebankan oleh Allah kepadaku untuk kusampaikan kepada umat manusia? Kamu berdua terus-menerus menyembah batu dan kayu yang tidak dapat mendatangkan mudarat ataupun manfaat; dan kamu enggan menyembah Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa." Mendengar perdebatan itu, anak-anak Nabi Nuh yang lain terbangun dari tidurnya. Mereka semua bangun dan menghampiri ketiga orang itu, untuk mengetahui masalah yang sebenarnya terjadi. Melihat itu sang ibu segera berkata kepada mereka semua. "Ayahmu menghendaki agar kita meninggalkan tuhan-tuhan yang biasa kita sembah untuk kita menyembah tuhannya yang ia katakan telah mengutusnya untuk membimbing manusia." "Siapakah Tuhanmu itu, ayah?" Tanya anak-anak Nabi Nuh kepada ayah mereka. "Dia adalah Pencipta langit dan bumi serta semua makhluk yang ada di atas alam ini. Dialah yang memberi rezeki, mematikan semua manusia di hari perhitungan (kiamat)," jawab Nabi Nuh. "Di manakah Dia berada, Ayah? Apakah Ia berada di Makbad besar bersama tuhan-tuhan yang biasa kami sembah?" Tanya salah seorang di antara anak-anak Nabi Nuh. "Anak-anakku," kata Nabi Nuh : "Sesungguhnya Allah tidak dibatasi oleh ruang atau waktu. Dia adalah Pencipta ruang dan waktu itu sendiri. Dia tidak dapat dilihat oleh mata kita." "Jika demikian, bagaimana kita mengetahui bahwa Dia ada?" Tanya yang lain. Nabi Nuh menjawab : "Dari tanda-tanda kekuasaan-Nya atas segala sesuatu dari ciptaan-Nya dan pengadaan-Nya, dari langit yang ditinggikan-Nya tanpa tiang; dari bumi yang dihamparkan-Nya dan di dalamnya terdapat sungai-sungai dan lautan; dari hujan yang tercurah dari langit dan menumbuhkan tanaman yang memberikan sumber rezeki manusia dan haiwan-haiwan; dan dari kekuasaan-Nya menciptakan manusia dan mematikan mereka; yang semua itu ada di hadapan kita." Mendengar itu, anak-anak Nabi Nuh serentak berkata : "Allah telah melapangkan hati kami untuk menerima kebaikan yang ayah serukan." Betapa terperanjatnya hati isteri Nabi Nuh tatkala mendengar pengakuan terus terang anak-anaknya akan risalah yang diserukan Nabi Nuh. Ia segera bangkit dari duduknya dan menghampiri Kan'an, sambil berkata kepada suaminya."Telah rosak akal anak-anakmu dengan seruan itu. Tuhan kami akan mengutu dan menurunkan seksa kepadamu!" Ketika wajah anak-anak mereka menampakkan kehairanan Nabi Nuh menjawab: "Nanti kamu akan mengetahui bahwa berhala-hala itu tidak berkuasa memberikan manfaat dan tidak kuasa pula menolak kemudaratan atas dirinya. Bagaimana ia akan berkuasa berbuat sesuatu kepada yang lain?" Isteri Nabi Nuh tidak berhenti dalam usaha menghalang-halangi dakwah kebajikan yang diserukan oleh Nabi Nuh kepada kaumnya. Setiap datang jiran tetangga yang hendak beriman kepada ajaran Nabi Nuh, dan meminta pendapat isteri Nabi Nuh dalam hal itu, isteri Nabi Nuh selalu mencadangkan orang-orang itu agar tidak mengikuti seruan suaminya. Bahkan ia berkata kepada mereka : "Sekiranya seruan Nuh itu baik, nescaya aku dan anakku, Kan'an mengikutinya." Dengan pertanyaan isteri Nabi Nuh itu, pulanglah para tetangga itu dengan hati yang yakin, dan hilanglah keraguan terhadap tuhan-tuhan yang biasa mereka sembuh. Beberapa tahun telah berlalu, dan isteri Nabi Nuh bukannya semakin condong kepada ajaran suaminya. Rasa pertentangannya dengan Nabi Nuh bahkan semakin besar dan kuat. Bersama berlalunya waktu, isteri Nabi Nuh semakin berpaling dari seruan kebenaran yang disampaikan oleh suaminya. Ia berkata kepada Nabi Nuh : "Tidak ada yang mengikutimu kecuali hanya beberapa orang miskin. Sekiranya bukan karena kemiskinan yang mereka derita, nescaya mereka tidak akan mengikutimu. Bukankah hal ini cukup menjadi bukti bagimu bahwa seruanmu itu batil? Semua orang memperolok-olokkanmu. Maka sebaiknya kamu hentikan seruanmu itu kepada manusia...." Meskipun demikian, Nabi Nuh tetap berjalan di atas kebenaran Ilahi yang menuntut kepada kebajikan. Ia pikul semua penderitaan dan kejahatan orang yang merintanginya untuk menyampaikan risalah Tuhannya, meskipun bertahun-tahun jumlah kaum mukminin tidak lebih dari seratus orang. Nabi Nuh selalu berdoa kepada Allah: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Maka seruanku itu hanya membuat mereka lari dan semakin menjauh. Dan sungguh, setiap kali aku menyeru mereka agar engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari ke dalam telinganya dan menutup dirinya dengan pakaiannya dan mereka tetap ingkar dan menyombongkan diri dengan keangkuhan. Kemudian kuseru mereka dengan terang-terangan. Dan berbicara kepada mereka di halayak ramai, dan juga dengan diam-diam. Maka, aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun- kebun, dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkat kejadian? Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya, dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya, kemudian dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (darinya pada hari kiamat) dengan
sebenar-benarnya? "Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas di bumi itu?" Nuh berkata: Ya, Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya yang amat besar." Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd dan jangan pula Suwa, Yaghuts, Ya'uq, dan Nasr." "Dan sesungguhnya mereka (sembahan-sembahan berhala) telah menyesatkan orang ramai. Maka, janganlah Engkau tambahkan bagi orang- orang yang zalim itu selain kesesatan." (Lihat surah Nuh ayat 5-24) Allah memerintahkan Nabi Nuh membuat sebuah bahtera. Pada suatu hari, isteri Nabi Nuh melihat suaminya mendatangkan kayu-kayu dan menyuruh para pengikutnya agar meletakkan kayu-kayu itu di tengah-tengah kota, padahal kota itu jauh dari laut dan sungai. Maka, bertanyalah sang isteri kepada suaminya. "Apakah yang akan engkau perbuat dengan semua kayu ini, Nuh?" "Aku akan membuat sebuah bahtera," jawab Nabi Nuh. "Mengapa engkau membuat bahtera, sedangkan di sini tidak ada lautan atau sungai yang dapat melayarkannya?" Tanya isteri Nabi Nuh. Nabi Nuh menjawab: "Bahtera ini akan belayar ketika datang perintah Allah." Kembali isteri Nabi Nuh menyanggahnya: "Bagaimana orang yang berakal akan percaya dengan ungkapanmu itu?" "Nanti engkau akan melihat bahwa hal itu akan terjadi," kata Nabi Nuh. Setelah beberapa langkah isteri Nabi Nuh meninggalkan tempat itu, ia masih sempat bertanya sekali lagi: "Apakah bahtera ini akan berlayar di atas pasir?" Nabi Nuh menjawab dengan penuh keyakinan : "Tidak! Tetapi banjir akan menenggelamkan bumi dan orang-orang yang menentang kami, dan kaum mukminin akan selamat di atas bahtera..." Maka, pergilah isteri Nabi Nuh untuk menyelesaikan urusannya. Dia tidak percaya sedikit pun pada apa yang dikatakan suaminya itu. Walaupun begitu, ia sebenarnya merasa hairan kepada berita yang disampaikan oleh Nabi Nuh. Ia bertanya-tanya kepada dirinya sendiri. "Nanti akan engkau saksikan, apakah Nabi Nuh akan membiarkanmu berlayar bersamanya di atas bahtera!" Belum selesai ia memikirkan hal yang menghantui fikirannya itu, terdengar suara Kan'an memanggilnya. "Apakah bahtera itu, ibu?" Maka, ibunya mengisahkan peristiwa dialog antara dirinya dan Nuh, dan mengkhabarkan pula kepada Kan'an bahwa ayahnya akan membuat sebuah bahtera di tengah kota. Kan'an nyaris tidak mendengar semua cerita ibunya, karena ia menjadi tertawa terbahak-bahak tiada henti. Kemudian ia berkata : "Kalau begitu, benar apa yang dikatakan orang tentang ayahku!" Isteri Nabi Nuh memandang anaknya sambil menyesali dirinya. "Aduhai malangnya nasib yang membuatku menjadi isteri lelaki itu selama bertahun-tahun. Berapa lama lagi aku harus menanggung sengsara dan celaka seperti ini?" Kemudian ia membawa anaknya pergi ke Makbad Besar. Di Makbad Besar, sekelompok orang sedang berbantah-bantah tentang Nabi Nuh. Melihat isteri Nabi Nuh dan Kan'an datang mereka segera berkelompok di sekelilingnya dan berkata kepadanya. "Benarkah berita yang sampai kepada kami bahwa Nuh akan membuat sebuah bahtera?" "Hal itu aku dengar dari mulut Nuh sendiri," jawab isteri Nabi Nuh. Bertambahlah kemarahan orang-orang itu. Jika hal itu dimaksudkan sebagai olok-olok Nuh kepada mereka, maka mereka akan mengusir Nabi Nuh dari negeri mereka. Kaum Nabi Nuh tersebut kemudian pergi ke tengah kota. Di sana Nabi Nuh sedang mempersiapkan kayu-kayu untuk dibuat bahtera. Di sekelilingnya ada sekelompok orang-orang yang beriman kepadanya yang membantunya menyediakan kayu-kayu itu. Sementara itu, kaum Nabi Nuh mulai mengolok-oloknya. Salah seorang dari mereka berteriak. "Baiklah, Nuh! Nyata sekali bahwa kamu akan datang dengan membawa bahtera kepada kami di sini, sehingga kami dapat naik bahtera yang kamu buat di atas padang pasir yang tandus ini!" Suara yang lain terdengar: "Baiklah, Nuh! Apakah kamu akan menyuruh kaum mukminin untuk datang kepadamu dengan membawa bekas-bekas yang penuh air untuk dituangkan ke bawah bahtera ini sehingga engkau dapat membuat sebuah kolam yang di atasnya bahteramu belayar?" Yang lain lagi berseru." Hal itu tentu saja akan memakan waktu beberapa ratus tahun, tahukah kamu, Nuh?" Kemudian di antara mereka ada yang tertawa sambil mengejak Nabi Nuh." Dan semua air akan diserap oleh pasir..." Nabi Nuh tidak memberikan jawapan terhadap ejekan-ejekan dan cemuhan-cemuhan mereka itu melainkan hanya berucap dengan beberapa kalimat pendek : "Jika kamu memperolok kami, kami pun akan memperolokkan kamu, sebagaimana kamu memperolokkan kami! Tapi kamu akan sedar, kepada siapa akan datang azab yang meliputi dirinya dengan kehinaan. Dan kepada siapa akan turun azab yang tiada akhirnya." (Surah Hud ayat 38-39) Beberapa tahun telah berlalu. Nabi Nuh telah menyelesaikan bahtera ciptaannya. Sementara itu, ejekan yang datang dari kaum di sekelilingnya tidak berhenti, siang dan malam. Isteri Nabi Nuh dalam hal itu selalu memberitahu kaum musyrikin tentang kesedihan suaminya selama itu. Mendengar berita itu, makin bertambahlah kegembiraan hati mereka. Pada suatu hari, isteri Nabi Nuh terbangun dari tidurnya karena sesuatu yang menggelisahkan hatinya. Di rumahnya, Nabi Nuh mengumpulkan setiap jenis haiwan dan burung, masing-masing sepasang. Melihat perbuatan Nabi Nuh itu, isterinya bertanya. "Nuh, apa yang kamu lakukan? Dan ke mana kamu akan pergi dengan semua haiwan dan burung itu? Apakah kaum mukminin yang bersamamu akan makan haiwan- haiwan dan burung-burung itu, dan engkau tinggalkan kami di sini tanpa apa-apa?" "Tuhanku telah memerintahkan kepadaku untuk membawa haiwan-haiwan dan burung-burung di dalam bahtera!" Jawab Nabi Nuh. Dengan agak pelik, isteri Nabi Nuh bertanya : "Bagaimana Tuhanmu memerintahkan seperti ini?" Nabi Nuh menjawab : "Kelak akan kubawa setiap pasang binatang dan semua kaum mukminin di dalam bahtera ini, dengan kebenaran yang diperintahkan oleh Tuhanku kepadaku." Isteri Nabi Nuh tidak mahu diam. Ia bahkan berusaha membantah sambil berkata: "Apa yang akan kamu lakukan dalam bahtera itu? Apakah kalian akan meninggalkan rumah dan hidup bersama haiwan-haiwan dan burung- burung ini?" Nabi Nuh menjawab : "Kelak air akan menenggelamkan segala sesuatu, dan tidak ada yang akan selamat kecuali siapa yang naik ke atas bahtera ini, kemudian memulai kehidupan baru yang muncul dengan fajar keimanan!" Kali ini isteri Nabi Nuh benar-benar merasa takut dan ngeri dengan ucapan suaminya itu. Namun, karena keingkarannya telah keras membatu, ia tetap berusaha menekan rasa takutnya itu. Segera ia pergi untuk memberitahu kaumnya tentang yang diperbuat suaminya. Maka, bertambah keraslah ejekan mereka kepada Nabi Nuh dan apa yang diperbuatnya. Ketika datang masa yang dijanjikan oleh Allah, terperanjatlah kaum Nabi Nuh melihat datangnya banjir yang besar serta merta. Pintu-pintu langit terbuka dan mencurahkan air hujan ke bumi, sedangkan Nabi Nuh bersama orang-orang yang beriman belayar di atas bahtera tanpa isterinya dan Kan'an puteranya. Mereka berdua menolak ketika Nabi Nuh memerintahkannya agar ikut bersama ke atas bahtera. Bahkan mereka berkata : "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menyelamatkan daku dari banjir!" (Hud ayat 43) Banjir terlalu besar, hingga puncak gunung pun tenggelam. Maka tenggelamlah sang ibu bersama puteranya dalam gelombang banjir yang dahsyat. Kisah mereka di dalam Al-Quran sentiasa menjadi tanda dan peringatan bagi seluruh kaum mukminin bahwa petunjuk itu kadang-kadang terasa lebih jauh meskipun bagi orang yang
paling dekat dengan pemberi petunjuk itu sendiri.

Jumat, 09 Februari 2007

KELUARGA BERWIBAWA

Muqaddimah

Peranan Keluarga

 Pengekalan dan penerusan umat manusia - manusia sebagai khalifah mesti kekal dan membiak dalam suasana yang damai dan tenteram.
 Perlindungan akhlak dan tatasusila - perkahwinan dan keluarga menjamin salahlaku sosial yang timbul dari keinginan seks manusia.
 Kestabilan hubungan kerohanian, kebaikan dan kasih sayang - hanya hubungan suami isteri, anak-anak dan kaum kerabat saja yang dapat mengekalkan perhubungan sesama manusia.
 Proses pembentukan - anak dan peribadi soleh melalui institusi keluarga yang damai.
 Jaminan sosial dan ekonomi - sebagai unit kecil dalam masyarakat yang menjamin sosial dan ekonomi individu masyarakat melalui nizam nafkah dan kasih sayang.
 Meluaskan kaum kerabat serta mewuiudkan kekuatan sosial di dalam masyarakat
 Keazaman untuk berusaha dan berkorban - membentuk rasa bertanggungjawab kerana adanya beban nafkah dan tanggungjawab melindungi ahli keluarga.

Bencana keluarga tidak berwibawa

 Rumahtangga menjadi neraka dan bukannya tempat 'sakinah'
 Melahirkan anak-anak yang tidak soleh

Suasana rumah tangga berwibawa

 Saling cinta-menyintai dan hidup rukun dan damai.
 Saling setia, memberikan hati dan jiwa raga kepada teman hidupnya.
 Hormat-menghormati dan harga-menghargai pendirian dan pendapat masing-masing.
 Mencari persesuaian prinsip hidup dan faham memahami jiwa masing-masing.
 Memahami tabi'at dan watak masing-masing.
 Saling ma'af-mema'afkan.
 Percaya-mempercayai dan bukan curiga-mencurigai.
 Masing-masing tahu kewajipan dengan penuh tanggungjawab terhadap kebahagiaan rumahtangga.


 Tanggungjawab, hak dan adab setiap ahli keluarga

Hak dan tanggungjawab suami

 Bergaul dengan baik
 Memberi nafkah makan, pakaian dan batin.
 Tindakan jika bimbang berlaku nusyuz
 Nasihat
 Tinggalkan tempat tidur
 Pukul yang tidak mencederakan dan pada tempat yang dibolehkan.
 Mengajarkan fardhu 'ain kepada ahli keluarga atau menghantarkan mereka kepada mereka yang akan mengajarkannya.
 Mengawasi ahli keluarga dari perlakuan mungkar.
 Memberi keadilan kepada isteri-isteri dan anak-anak.
 Mempertahankan maruah dan kehormatan ahli keluarga
 Antara buah ajaran Imam Al-Ghazali:
 Sabar dengan kerenah isteri & berlembut.
 Bergurau senda secara sederhana
 Cemburu secara sederhana
 Tidak terlalu pemurah dalam memberi nafkah

Hak dan tanggungjawab isteri

 Sentiasa malu terhadap suami.
 Merendahkan penglihatan ketika berhadapan dengan suami sebagai tanda hormat.
 Menta'ati perintah suami.
 Diam ketika suami sedang berkata-kata.
 Berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar.
 Menyediakan dirinya untuk suaminya ketika hendak tidur.
 Memakai wangi-wangian.
 Memelihara mulutnya dengan wangi-wangian.
 Sentiasa berhias dihadapan suami.
 Tidak berhias ketika suami tidak ada.
 Tidak khianat terhadap suami dalam hal tempat tidumya dan hartanya.
 Menghormati keluarga suami dan para kerabatnya.
 Merasa puas jika diberi sedikit oleh suaminya.
 Tidak menolak ajakan suami untuk bejima'
 Tidak boleh berpuasa sunat tanpa izin suami.
 Tidak boleh keluar dari rurnahnya kecuali dengan izin suami.

Hak dan tanggungjawab anak-anak (tidak durhaka) :

 Taat kepada ibubapa pada perkara yang bukan maksiat.
 Menghormati ibubapa.
 Memuliakan ibubapa dalam perkataan dan perbuatan.
 Tidak menengking atau mengangkat suara lebih tinggi.
 Tidak mendahulukan isteri atau anak-anak.
 Tidak memanggil keduanya dengan menyebut namanya.
 Tidak musafir kecuali dengan izin dan keredhaan keduanya.
 Memberi nafkah kepada keduanya jika tidak mampu.
 Berbuat baik kepada teman-teman keduanya.

Komunikasi dalam keluarga

 Ibubapa mendidik anak-anak
 Teguran antara suami isteri
 Perbincangan mencari buah fikiran terbaik
 Gurauan suami isteri dan ibubapa dengan anak-anak
 Pengajaran suami untuk isteri dan anak-anak.

Pendidikan anak-anak

Amanah atas ibubapa - hingga baligh/ dikahwinkan.

 Disusukan oleh orang yang dipercayai.
 Menjadikannya beradab dengan adab Islam (makan minum, bercakap, tidur, majlis dll)
 Menjaga dari teman yang jahat.
 Tidak memewahkannya pada makan minum, pakaian dan kehidupan.
 Memberi makanan yang halal.
 Memujinya ketika perlu.
 Tidak mendedahkan kelemahannya dihadapan orang lain.
 Ibu menakutkan anak terhadap bapa.
 Tidak menengking, herdik atau perkataan kasar.
 Menghalang melakukan sesuatu secara rahsia.
 Memberinya peluang bermain permainan yang baik.

Punca kegagalan melahirkan keluarga berwibawa

 Tidak melaksanakan kewajipan dengan sempurna.
 Tidak bijak menguruskan masa untuk bersama keluarga. Suami isteri yang lebih mementingkan pekerjaan serta karier masing-masing.
 Sikap negatif dari suami isteri atau ibu bapa seperti saling tidak hormat menghormati, cepat berkecil hati, sering bergaduh dan sebagainya.
 Pengetahuan agama tidak mendalam, leka mengejar kemewahan dan mengumpul harta.
 Pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga dengan niat yang bersimpangan dari tuntutan Islam.
 Pengurusan perbelanjaan yang tidak teratur juga menjadi puncanya.

Kamis, 11 Januari 2007

Kisah Nabi Hud

"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut atr Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudak kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bhn makanan mrk. dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Tuhan itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dpt memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Karenanya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.

Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada mereka.

Nabi Hud Berdakwah Di Tengah-tengah Sukunya
Sudah menjadi sunnah Allah sejak diturunkannya Adam Ke bumi bahawa dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusiadari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman tauhid dan aqidah yang sesuia dengan fitrah.

Demikianlah maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang drp suku mereka sendiri dari keluarga yang terpandang
dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan sgt bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allahlah yang mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang subur, air yang mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dpt mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan. Di terangkan oleh Nabi Hud bahwa adia adalah pesuruh Allah yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman kepada Allah yang menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya drp mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah dan memperingatkan mereka bahawa jika mrk tetap menutup telinga dan mata mrk menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.

Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah mrk dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak dpt dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.

Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud:"Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dpt kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jgn mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan memebawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."

Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dpt melihat dam merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaannya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dpt bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dpt menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya.Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat drp kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada Keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang pasif tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab kaumnya,"Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain drp yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal? Engkau mengaku bahwa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa hairan dan tidak dpt menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang drp kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang pendusta besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yang selalu engkau eje hina dan cemuhkan."

Wahai kaumku! jawab Nabi Hud, "aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak krg sesuatu pun dan ketahuilah bahwa patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu tidak dpt mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi bandaku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pd diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah yang diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu karena Allah tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah Tuhan seru sekalian alam Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuh0tumbuhan bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahiulah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu di dunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu yang baik dan soleh mendpt ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."

Kaum Aad menjawab : " Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendpt kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi sinting. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal bahwa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan
dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang-belulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakut-nakuti kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahwa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu karena bayangan azab dan seksa yang engkau bayang-bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan ancamkan itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta."

Baiklah! jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dpt melepaskan diri dari bencananya. Allah menjadi saksiku bahwa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung bandaku memberi penerangan dan tuntunan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya."

Pembalasan Allah Atas Kaum Aad

Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua perinkat.Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mrk, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya.Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari Allah yang dijanjikan dan bahwa Allah masih lagi memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mrk dan kembali beriman kepada Allah dengan meninggalkan persembahan mrk yang bathil kemudian bertaubat dan memohon ampun kepada Allah agar segera hujan turun kembali dengan lebatnya dan terhindar mrk dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan ari musibah yang mereka hadapi.

Tentangan mrk terhadap janji Allah yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan dengan dtgnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai gembira, karena dikiranya bahwa hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu
berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek : "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dusta. Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merusakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini hilir mudik mencari perlindungan .Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang congkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.

Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan.
Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah "
Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.

Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam 10 surah di antaranya surah Hud, ayat 50 hingga 60 , surah " Al-Mukminun " ayat 31 sehingga ayat 41 , surah " Al-Ahqaaf " ayat 21 sehingga ayat 26 dan surah " Al-Haaqqah " ayat 6 ,7 dan 8.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S.

Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.

Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."

Dalam berdialog dengan kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetok hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka namun hidayah itu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kepada siapa
yang Dia kehendakinya.