Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Sabtu, 30 April 2011

Imam Ahmad Bin Hambal


Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.

Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.

Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan.

Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan seseorang.

Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat demikian akan
diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad.

Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: "Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain?" Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.

Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk.

Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh Al-
Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai.

Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa "Al-Quran itu bukan makhluk?" Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:"Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah."

Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.

Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.

Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari pendiriannya itu.

Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: "Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata?" Kerana Imam Hambali masih tetap dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam Hambali.

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan "Bismillah." Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan "La haula walaa quwwata illaa billah" (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya beliau mengucapkan "Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk" (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51. "Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah
bagi kami." Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.

Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja'far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: "Hai Abu Ja'far apakah engkau susah melihat keadaanku?" "Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau
mahu menuruti kehendak mereka." Mendengar kata-kata Ja'far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: "Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun dikunjungi oleh
bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: "Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran."

Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan."

Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.

Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.

Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya : "Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda." "Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut." Jawab beliau.  Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata: "Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat."

Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: "Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku."   Ketika itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.

Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga pengsan.

Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza'i. Kepala Ahmad bin Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: "Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan dirinya dari kiblat." Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.
Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun hadiah
tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya dan keredhaanNya.

Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.

Firman Allah ertinya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. "Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)



Dipetik Dari Buku : 1001 Duka Himpunan Kisah-kisah
posted by :suan

Kamis, 21 April 2011

12 BARISAN DI AKHIRAT


Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya:"Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT : "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"  ( Surah an-Naba':18 ). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: 'wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri'.... Maka ditanyakan apakah 12 barisan tersebut.....
   
BARISAN PERTAMA

Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati  tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."
   
BARISAN KEDUA

Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih : "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan sholat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KEEMPAT

Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KELIMA

Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Digiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KEDELAPAN

Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KESEMBILAN

Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KESEPULUH

Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KESEBELAS

Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KEDUA BELAS

Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah
SWT....Amin...
 
WaLLahu 'alam
By : Suan

 
   

Selasa, 19 April 2011

MEMBINA RUMAH TANGGA BAHAGIA

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapatkeberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1. Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah.Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah Sunnatullah yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
Surah Al-Furqan ayat 74 : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2. Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada waktu yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 : "Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3. Perkahwinan memunculkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah membayar mas kawin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Adapun tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar,menjaga harta suami dan mengurus rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah tersebut didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggung jawab ini bukan hanya untuk menyukakan hati pasangan anda saja, sebaliknya kerana mencari keridhaan Allah s.w.t.

4. Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.

Firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, sesudah ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa berada pada tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya bersesuaian dengan tempatnya.

5. Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah saling toleransi dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6. Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri dari menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7. Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijab qabul bukan saja menjadikan anda suami atau isteri malah mengeratkan dan memperkuat lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh karena itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga untuk mengeratkan tali silaturrahmi.

8. Anda harus mempunyai etika dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki kamar pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud :

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan-Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah sholat sunat dan berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan dan dijauhi dari kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud :
"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Perselisihan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan dalam istilah melayu 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila terjadi perselisihan janganlah dibesar besarkan. Kalau suami marah sebaiknya isteri diam dan kalau isteri marah suami pula diam. Tidak perlu pasangan yang dimarahi untuk membela diri kerana pada dasarnya ia tidak tidak akan memberikan akibat yang baik. Walau bagaimanapun pihak yang marah hendaklah melakukan intrispeksi diri apa sebab marah itu muncul yang ditindaklanjuti dengan menyadari kesalahan yang telah dilakukan. Apak pasaganku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik sudah cukup untuk menjernihkan suasana. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menciptakan keharmonisan dalam rumah tangga tangga.

Janganlah takut menghadapi cobaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kokoh dan matang jika pasangan bijaksana dalam menghadapi persoalandalam rumah tangga. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala usaha kita dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

By : suan

Jumat, 15 April 2011

LELAKI SOLEH

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman(mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta senantiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang senantiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan RasulNya walau dimana saja mereka berada dan pada kapan saja

Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata karena ia ada kaitan erat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus senantiasa dipelihara karena apabila tauhid tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia saja.Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Karena yang demikian, jelaslah bahwa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ia lebih jauh dan mendalam dari itu semua.diantara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS..............

1. Senantiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
2. Jihad Fisabilillah adalah visi dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cobaan dari Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T
12. Selalu berinfaq baik dalam keadaan lapang maupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahasiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,senantiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain dari ciri-ciri diatas,orang orang yang soleh juga merupakan insan-insan yang senantiasa mendapat ujian dan cobaan dari Allah S.W.T setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh :

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.


1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki karena kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya.. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama,bangsa dan agamanya.Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.Ia wajib bekerja menurut apa saja kemampuannya.Dalam melaksanakan tugas ini,dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat,bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini,usahanya akan senantiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud :
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau akan UNTUNG semuanya,tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia,maka engkau akan RUGI semuanya”.

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah,maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama : Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap ALLAH S.W.T dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal,bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Diantara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah :
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang banyak,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2. BERJIHAD FISABILILAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam.Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya senantiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelar paling indah yaitu MUJAHIDIN.Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh,yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh.Jika tidak terbunuh,maka ia mesti membunuh.Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.


3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS.

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhlukkan negara-negara serta umat- umat Islam.Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini.Orang orang yang lemah dan sedang tertindas senantiasa menanti kehadiranmu.Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa terdengar dari golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.Krn itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama baik secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

a) MEMIMPIN, MENDIDIK DAN BERLAKU BAIK TERHADAP ISTERI

• MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

 Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyadari akan kekilafannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
 Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyadari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sembarang kesulitan,lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mempedulikan perasaan orang lain.Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat di kekalkan buat selama lamanya.

• BERLAKU BAIK TERHADAP ISTERI
Suami yang soleh akan senantiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan senantiasa menggembirakan isterinya.Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga,dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah :
Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya,dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah)

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga

 Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
 Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
 Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Walahu'alam bishshawaab.

[rujukan: Lelaki Soleh oleh Abu Mohd. Jibril Abd Rahman]

"Ya Allaah jadikanlah kami semua bagian dari orang-orang yg soleh. Amien"


Wassalamu a'laykum Wr.Wb

Pengirim : suan

Menyangka banyak amal, ternyata tak punya apa-apa

"Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): 'Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah.' Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik." (Surat Ali 'Imran: 195)


Ayat ini diturunkan sebagai jawaban sekaligus penjelasan atas pertanyaan kaum perempuan yang diwakili oleh Ummi Salamah. Diriwayatkan oleh Abdurrazak, Said bin Manshur, Tirmidzi, Hakim, dan Ibnu Abi Hatim, dari Ummi Salamah bahwa pada suatu hari Ummi Salamah berkata kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah, aku belum mendengar Allah swt menyebut secara khusus tentang kaum wanita dalam al-Qur'an mengenai peristiwa hijrah." Maka Allah menurunkannya.

Amal lelaki dan perempuan setara

Dalam Islam, perempuan bukanlah manusia kelas dua. Lelaki dan perempuan mempunyai kedudukan yang sama. Sederajad, setingkat, dan tiada yang lebih baik, kecuali atas dasar amal perbuatannya.

Seluruh isi al-Qur'an ditujukan untuk semua ummat manusia, baik lelaki maupun perempuan. Jika kata-kata yang dipakai al-Qur'an dengan sebutan mudzakkar (laki-laki), maka hal itu berarti bersifat umum, yang artinya berlaku untuk lelaki dan perempuan. Suatu ayat baru berlaku khusus bagi perempuan jika disebut secara khusus.

Ummu Salamah, istri Rasulullah mewakili kaumnya merasa kurang sreg dengan kebijakan Allah ini. Sebagaimana kaum feminis saat ini, ia protes kenapa al-Qur'an hanya membicarakan kaum lelaki, sementara pembicaraan tentang kaum perempuan hanya sedikit sekali. Padahal, menurutnya kaum perempuan selalu ikut aktif pada setiap even penting perjuangan Islam.

Yang pertama kali membenarkan kerasulan Muhammad adalah perempuan, Khadijah. Yang menjadi syahid pertama dalam Islam juga perempuan, yaitu Sumaiyah. Yang menjadi intelijen, informan, merangkap pembawa bekal makanan ketika Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Tsur pada saat hendak hijrah ke Madinah adalah juga perempuan, yaitu Asmaa.

Peran perempuan dalam perjuangan Islam tidak bisa diabaikan. Sejarah telah membuktikan bahwa mereka telah berjuang, bersusah-payah, memeras keringat, mengucurkan air mata, dan bersimbah darah bersama kaum lelaki dalam menegakkan kalimatullah hiyal 'ulya. Pantas saja jika kemudian ada protes seperti yang dilontarkan oleh Ummu Salamah kepada Rasulullah, sebagaimana yang melatari turunnya ayat di atas.

Suara perempuan ternyata sangat didengar oleh Islam. Buktinya, segera setelah pertanyaan Ummu Salamah, Allah menurunkan ayat di atas sebagai jawaban bahwa semua amalan kaum perempuan tidak akan disia-siakan oleh Allah, alias akan dinilai sama dengan amal yang dilakukan oleh kaum lelaki. Tentu saja dengan satu syarat bahwa amalan itu benar-benar dilandasi oleh nilai iman. Perbuatan itu tidak ditujukan demi untuk mengejar sesuatu, murni, ikhlas semata-mata karena Allah swt. Tentang hal ini Allah berfirman:

"Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang shalih, baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab." (QS al-Mu'min: 40)

Amal yang tidak sia-sia

Semua amalan, baik yang shalih maupun yang jahat akan diperhitungkan oleh Allah. Yang baik akan dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda, baik ketika masih di dunia maupun ketika di akhirat. Sedangkan amal kejahatan juga akan diperhitungkan. Khusus tentang amal kejahatan ini, balasannya akan setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya. Allah tidak menzhalimi manusia, kecuali mereka sendirilah yang berbuat zhalim terhadap dirinya mereka sendiri. Demikian juga dengan amal shalih, asal dilandasi ikhlas.

Niat merupakan pangkal dari segala amal. Islam tidak hanya memandang suatu amal dari lahirnya semata-mata, tapi juga dari aspek yang menggerakkan amal tersebut. Bisa jadi suatu amalan itu kelihatannya baik, tapi jika didasari oleh niatan yang jahat, maka amalan itu akan dinilai merah oleh Allah. Dia Maha mengetahui apa yang nampak dan mengetahui pula yang disembunyikan manusia dalam hatinya.

"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati." (QS al-Mu'min: 19)

Sebelum beramal hendaknya seseorang terlebih dahulu memperhatikan apa yang sedang bergolak dalam hati. Jika ada motif yang kurang baik, seperti riya', bangga diri, sombong, keinginan untuk mendapat pujian, penghormatan, ataupun imbalan materi, maka hendaknya hal itu ditekan dengan
sungguh-sungguh. Jika belum juga berhasil hendaknya mentarbiyah hati dengan memperbanyak dzikir, tazkiyatul-qalb, dan riyadhah yang lebih intensif lagi.

Niat saja masih belum cukup menjadi sebab diterimanya suatu amalan, baik amalan ibadah maupun amalan lainnya. Selain niatnya baik, amalan itu sendiri harus benar sesuai dengan tuntunan syari'ah. Untuk itu seseorang yang beramal dipersyaratkan terlebih dahulu mengetahui apa yang sedang dan akan dikerjakannya.

Banyak orang yang niatnya sudah benar akan tetapi karena tidak mempunyai cukup ilmu maka amalnya menjadi sia-sia. Sungguh sangat disayangkan, sudah bersusah-payah, ternyata tidak sesuai tuntunan syari'ah. Ibarat main tinju di luar ring, mana bisa juara dunia?

Iman yang benar akan menuntun seseorang berbuat dan beramal semata-mata karena Allah swt. Ia membersihkan segala amal perbuatannya dari segala motivasi selain karena-Nya. Ikhlas, murni semata-mata karena mengharapkan ridha-Nya.

Adapun ilmu akan menuntun seseorang berbuat dan beramal secara baik dan benar. Dengan ilmu seseorang menjadi mengerti isi dan substansi amalnya. Juga memahami dan menjalankannya sesuai dengan tuntunan syariat.

Kebangkrutan amal
Ketika seseorang mati, ia tidak disertai oleh siapapun atau oleh apapun. Kaum kerabatnya, termasuk suami atau istri yang tercinta tidak ikut menemaninya di kubur. Mereka hanya sampai di pemakaman dan untuk seterusnya ia dibiarkan berjalan sendiri menghadap Allah swt.

Harta benda yang dikumpulkan selama ini, termasuk rumah tinggal yang dibangun dengan susah-payah, saham di beberapa perusahaan, tanah dan kebun yang membentang luas, berbagai koleksi pakaian dan perhiasan, tak satupun yang dibawa serta. Ia mati hanya membawa selembar kain kafan.

Hanya satu yang setia menemani manusia hingga ketika masuk liang lahat, yaitu amal perbuatannya. Orang-orang yang selama hidupnya beramal shalih, tentu akan menuai hasilnya. Amal itulah yang menjadi bekal sekalius kendaraannya dalam perjalanan panjang menuju kepada Allah swt.

Di antara orang yang beramal kebaikan, ada di antaranya yang tidak mendapatkan apa-apa ketika di akhirat. Mereka yang selama hidup di dunia menyangka telah banyak berbuat baik, ternyata menemukan amalnya tidak sedikitpun tersisa. Semuanya hangus, hilang dan musnah. Itulah orang yang merugi, dan kerugiannya tidak bisa ditebus dengan apapun juga.

Siapakah mereka yang tergolong hamba-hamba seperti ini? Mereka adalah yang termasuk dalam firman Allah berikut ini, "Katakanlah, 'Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia. Maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat." (QS al-Kahfi: 103-105)

Pengirim : suan

MEMERANGI TIPU DAYA SYAITAN BY : SUAN

"Bahawa sesungguhnya syiatan itu adalah musuh bagi kalian, maka jadikanlah ia sebagai musuh!" - (QS.Faathir : 6)

Syaitan adalah makhluk ghaib. Kewujudannya diberitahu kepada kita oleh Allah melalui Rasul-Nya. Kita diberitahu juga, bahawa syaitan atau iblis itu musuh manusia. Firman Allah swt, mafhumnya :

"Tidakkah Aku janjikan (beri iangatan) kepada kamu, wahai anak adam, bahawa jangan kamu sembah (turut kehendak) syaitan? Sesungguh-nya syaitan itu musuh kamu yang nyata". (Yasin : 60)

Syaitan sentiasa mendendami manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan dan tipu dayanya. Manusia yang mengerjakan ibadat kepada Allah paling dimusuhinya. Seberapa daya, dicubanya menahan manusia daripada mendekati Allah. Allah berfirman, mafhumnya :

"Sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu mengajak golongan (pengikut-pengikut) mereka supaya menjadi penghuni neraka yang bernyala-nyala". (Fathir : 6)

Menurut Yahya ibni Mu'adz al-Razi, "Syaitan itu tidak bekerja, sedangkan kamu sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Syaitan sentiasa melihat kamu, sedangkan kamu tidak dapat melihatnya. Kamu selalu saja lalai dan melupakan jerat yang dipasangnya, tetapi ia tidak melupakan kamu".

Para ulama mencadangkan pelbagai langkah untuk memerangi syaitan. Menurut Imam al-Ghazali: Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan A'uzu billahi min al- syaithan il-rajim. Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebatnya, kita mestilah bersabar dan menyedari, bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

Menurut Imam al-Ghazali, ada tiga cara yang dicadangkan untuk memerangi atau menghadpi serangannya syaitan :

Pertama, mempelajari tektik tipu daya syaitan atau strategi serangannya. Kedua, tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggapkan hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau respons. Sebaliknya, ia akan lebih cepat memberhentikan salakan, apabila kita tidak mengiraukannya. Ketiga, lidah dan hati senantiasa menyebut Allah (dzikrullaah).

Untuk mempelajari tektik tipu daya syaitan (cara yang pertama), kita hendaklah memahami dan mengenalpasti perbezaan antara waswas, ilham, bisikan hati (rohani), dan seruan nafsu daripada tabi'i kejadian kita manusia.
Was-was merupakan anak panah yang dilepaskan oleh syiatan ke hati manusia lalu bersarang di hati (mafhum daripada firman Allah Taala - surah "al-Nas"). Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia (Khatir atau khawatir).

Bisikan hati nurani juga boleh dipengaruhi oleh ilham. Ilham ialah lintasan fikiran yang lebih khusus, iaitu menyeru ke arah kebaikan, datangnya daripada Allah melalui malaikat. Manakala was-was ialah bisikan hati yang menyeru kepada kejahatan, datangnya daripada syaitan.

Terdapat riwayat dalam Hadis, mafhumnya:

"Apabila dilahirkan anak Adam ke dunia, lalu disertakan bersama- nya oleh Allah Taala malaikat dan syaitan. Malaikat berdiri di telinga kanan anak Adam itu dan syaitan berdiri di telinga kirinya".

Seruan syaitan (was-was) itu penuh dengan tipu daya. Kadang-kadang menyeru kepada kebaikan sebagai umpan untuk memerangkap manusia. Umpama- nya, dipengaruhinya manusia supaya mengerjakan ibadat yang sunat dan meninggalkan kerja ibadat yang wajib. Kadang-kadang diserunya manusia berbuat kebajikan yang afdal dan juga yang wajib, tetapi dengan cara yang halus dihelanya manusia ke lembah dosa besar iaitu dengan menyemaikan bibit riak, ujub, takabur dan sebagainya.

Setengah ulamak membahagikan lintasan fikiran manusia itu kepada empat: Pertama, suara hati yang kadang-kadang seruannya baik dan kadang-kadang jahat untuk menguji keimanan dan kesabaran. Kedua, ilham yang menyeru kepada kebaikan semata-mata. Ketiga, waswas atau seruan syaitan kepada kejahatan, penelewengan dan kesesatan semata- mata. Keempat, hawa nafsu daripada tabi'i manusia yang menyeru kepada kejahatan (nafsu ammarah). Tabi'i kejadian manusia itu cenderung kepada syahwat dan keinginan kepada kelazatan dan keseronokan tanpa mempertimbangkannya sama ada baik atau jahat. Inilah hawa nafsu yang mengheret manusia kepada kesirnaan.

Kadang-kadang seruan tabi'i menyeru kepada kebajikan dengan tujuan bekerjasama dengan syaitan untuk memperdayakan manusia.

Apabila hendak mengenalpasti, sama ada bisikan hati atau lintasan fikiran (khatir) itu menyeru kepada kebaikan atau kejahatan, kita hendaklah :

Timbang tilik setiap khatir itu dengan membandingkannya dengan syari'at Islamiah. Jika selari dengan ciri-ciri hukum syarak, maka itulah khatir kebaikan. Tetapi jika sebaliknya, maka itulah khathir kejahatan. Atau, jika kurang pasti dengan hukum-hakam syarak, hendaklah dibandingkan sesuatu khatir itu dengan amalan orang-orang yang lebih alim. Jika tidak bercanggah dengan amalan mereka, maka itu khaatir kebaikan. Jika sebaliknya, maka itu tentulah khathir kejahatan. Pertimbangkan setiap khathir itu berdasarkan kecenderungan nafsu daripada sifat tabii manusia. Jika sesuatu khathir itu berkecenderungan ke arah positif atau kebaikan dunia yang berkaitan dengan akhirat, maka itulah khathir kebaikan. Akasnya, jika datangnya daripada nafsu ammarah, maka khathir ini nyatalah khatir kejahatan. Pertimbangkan khatir itu berdasarkan keadaannya. Jika keadaannya tetap, maka itulah khathir daripada hati nurani (tabii hawa nafsu yang baik daripada Allah) Taala. Tetapi jika khatir itu tidak tetap, tenggelam timbul keadaannya, maka datangnya daripada waswas syaitan. Dan, jika keadaan sesutu khaathir itu didapati mendaifkan zikrullah, nyatalah datangnya daripada syaitan. Demikianlah akasnya. Pertimbangkan khatir itu berdasarkan masa timbulnya. Jika timbulnya mengiringi perbuatan dosa yang telah dilakukan (merupakan satu lintasan sesalan), maka itu adalah khathir daripada nafsu yang baik. Tetapi jika sesuatu khatir itu timbulnya sebelum melakukan dosa, khathir itu adalah daripada syaitan. Inilah khathir yang paling banyak timbul di hati manusia.

Dengan mengenalpastikan jenis khatir tersebut, tentulah kita akan dapat menentukan pilihan layanan sewajarnya. Khatir kebaikan kita layani dan khatir kejahatan kita singkirkan. Insya Allah kita terselamat daripada tipu daya syaitan.

Menurut Imam al-Ghazali, bahawa lintasa wswas itu datangnya daripada syiatan yang menyeru mansia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah Taala atau daripada malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan. Untuk mengenal pastinya, ilham boleh ditilik dalam tiga keadaan (wajah):

Jika datangnya daripada Allah Taala, keadaannya tegas, keras dan kuat, merupakan perintah, petunjuk, galakan, keinsafan, amaran dan sebagainya; manakala ilham daripada malaikat adalah keadaannya timbultenggelam dan lebih merupakan nasihat dan rangsangan kepada kebajikan. Ilham daripada Allah diringi oleh jihad dan taat daripada manusia yang terlibat. Jika jihad mandahului ilham, maka ilham itu ghalibnya datang daripada malaikat. Ilham daripada Allah adalah berkaitan dengan usul agama (ushul ul-din) dan amalan batin, manaka ilham daripada malaikat berkaitan dengan furu' atau hukum syara' dan amalan zahir.

Adapun khaathir kepada kebajikan daripada syaitan itu adalah lowongan kepada kejahatan, merupakan "umpan" bagi perangkap tipu daya syaitan. Untuk mengnal pasti khaatir ini, kamu tiliklah madah Syaikh Imam al-Harmain. Katanya, "Khaathir kepada kebajikan daripada syaitan itu, keadaannya, menjadikan kamu rajin tanpa takwa, merasa aman tanpa takut, terlalu bersegera atau tergopoh-gapah dan berkesudahan dengan buta mata hati. Jauhilah daripadanya. Jika kamu berjaya melawannya dan menjadikan dirimua sebaliknya, bertakwa tanpa rajin, takut tanpa aman, perlahan- lahan atau tenang tanpa gopoh-gapah dan berkesudahan dengan celik mata hati, maka khaatir ini adalah daripada Allah atau malaikat".

Adapun murad "rajin tanpa taqwa" itu ialah ringan manusia dalam amalan dengan buta dan tuli mata dan telinga hati. Adapun "perlahan-lahan atau tenang tanpa gopoh-gapah" itu berlambat-lambatan itu adalah tindakan yang terpuji kecuali pada perkara-perkara yang tertentu saja. Tersebut dalam khabar daripada Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:

Bersegera itu daripada syiatan melainkan dalam lima perkara : mengahwinkan anak dara yang sudah baligh, membayar hutang apabila tempohnya, mengkebumikan orang mati apabila yakin matinya, menjamu tetamu dan bertaubat apabila mengerja- kan dosa.

Adapun murad "takut tanpa aman" itu ialah takut dan bimbang kalau-kalau amalan tidak dijalankan dengan sempurna dan dituunaikan atas jalan dan haknya dan ragu-ragu sama ada amalan itu diterima oleh Allah Taala atau tidak. Adapun murad "berkesudahan dengan celik mata hati" itu ialah yakin bahawa kebajikan dan penanggungan dalam amalan diharapkan berakhir dengan balasan pahalanya. Dengan yang demikian akan dikurniakan taufik, insyaa Allah Taala. Wallahu a'lam.