Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Rabu, 25 Mei 2011

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali



Jum’at    :     Ya Allah
Sabtu      :     Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad      :     Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin       :     La haw la wala qu wata illa billah hil ‘ali yil ‘azim (Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa    :     Allah humma solli ‘ala saidina Muhammad (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi Muhammad s.a.w)
Rabu      :     As tag firullah hal ‘azim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis :     Subha nallah hil ‘azimi wa biham dih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian kepadaNya)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman

Sabtu, 14 Mei 2011

Lapangkan Diri untuk Beribadat

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman :

" Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepadaKu, nescayalah Aku penuhi dadamu kekayaan dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu urusan dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu. " (Riwayat Tarmidzi dan Baihaqi)

Huraiannya :
Hadis Qudsi ini mengingatkan kita , bahawa yang menjadikan manusia kaya atau miskin itu ialah Allah s.w.t. Dialah yang mentakdirkan semua itu dengan kudrat dan iradatNya. Memanglah menjadi tabiat semulajadi manusia hendak melihat hidupnya dalam keadaan senang lenang dan memiliki kekayaan yang banyak. Di samping itu ia sentiasa membencikan kemiskinan dan hidup dalam keadaan susah dan melarat. Akan tetapi kekayaan yang hakiki di sisi Tuhan ialah dengan memperbanyak amalan soleh. Sebab rezeki manusia itu memang telah ditetapkan oleh Tuhan tentang sedikit-sebanyaknya, tentang miskin kayanya dan sebagainya.

Lantaran itu, jangan sampai kamu terus-menerus bertungkus-lumus dalam urusan dunia semata, sehingga tidak ada masa lagi untuk beribadat atau beramal soleh. Itu adalah satu kesilapan yang besar! Tetapi hendaklah kamu sentiasa melapangkan masa untuk beribadat, menyembah Tuhan dan bersyukur kepadaNya, kelak kamu akan merasakan kekayaan yang hakiki ynag akan diisikan Tuhan ke dalam dada kamu. Sementara keperluan hidup serta urusan dunia kamu pula akan diberiNya juga secukup-cukupnya, tidak perlu dibimbangkan.

Akan tetapi, jika kamu mengejar terus urusan dunia saja, sedang peribadatan kepada Allah kamu terus lalaikan dan membelakanginya, nescaya Allah akan menambah kamu dengan berbagai-bagai urusan dunia yang baru. Ada-ada saja yang muncul tanpa dijangka atau diduga. Namun hidup kamu terus-menerus begitu juga, sama tiada perubahannya, sentiasa susah, sentiasa serba kekurangan. Manakala kekayaan ynag kamu cita-citakan tak datang-datang juga. Kalau demikianlah halnya, maka akan rugilah kamu di dunia dan di akhirat.

Kesimpulannya :
Betapa banyak sekalipun urusan kita dengan dunia, namun jangan sekali-kali urusan akhirat kita lalaikan atau membelakangkan. Sepatutnya kta selalu melebihkan atau mengutamakan urusan akhirat daripada dunia. Ataupun sekurang-kurangnya, hendaklah kita mencari keuntungan akhirat sekadar mencari keuntungan dunia.

Rabu, 11 Mei 2011

Hari Asyura


Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda,  "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
posted by :suan

Sabtu, 07 Mei 2011

LIDAH


Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan seperti 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam dari pedang. Dari ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata sangat besar dalam hidup manusia ,karena mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa. Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat berbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana  semua itu sebagai tanda  keagungan dan keesaaan Allah s.w.t. Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Lidah jugalah yang  menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.

Berhati-hatilah : Oleh karena lidah bisa membawa  perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertuturkata.Kesan salah ucap bisa membawa sakit hati  orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian. Krn itu, sebaik-baik cara membawa diri dari perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam arti kata tidak berbicara dalam perkara yang sia-sia dan tidak baik. Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w.  bersabda yang artinya : "Manusia itu ada tiga macam (jenis).

-    Pertama       : Yang mendapat pahala.
-    Kedua          : Yang selamat dari dosa.
-    Ketiga          : Yang binasa.

q       Orang yang mendapat pahala ialah orang yang senantiasa mengingat Allah, berzikir dan sebagainya.
q       Orang yang selamat dari dosa ialah mereka yang diam,
q       dan orang yang binasa ialah orang yang senantiasa melakukan perkara-perkara maksiat."

Orang yang beriman dan bijaksana selalu tidak berkata atau berbicara sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka  menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka menghindarkan dari berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w.  yang artinya: "Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, karena dia akan mengajarkan pd mu ilmu hikmah."

Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan berbicara hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap kata yang hendak diucapkan difikir masak-masak supaya setiap kata yang diucapkan itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal pribadi seseorang dari percakapannya, Karena, semakin banyak kita berbicara, semakin banyaklah kesalahan. Orang-orang munafiq  akan berbicara apa saja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w.  menjawab: Taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik." dan ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab : "Dua rongga badan yaitu mulut dan kemaluan."

Dari hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah  karena  tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum islam bisa membawa manusia ke neraka.

Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri  pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Krn itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita dari bertutur kata yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong. Sabda Rasulullah s.a.w. yg artinya: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."

Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kita menjaga lidah agar tidak timbul perselisihan dan pertengkaran. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk karena manusianya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mengadu domba antara satu sama lain.

Luqmanul Hakim pernah ditanya : "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab : "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku dgn sesuatu yang tidak penting bagiku."

Tidak salah lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan saja menjadikan seseorang itu menerima siksaan Allah malah kesannya amat buruk di masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sehat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak poranda.

Krn itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila berbicara. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya

Wallahu 'alam

Rabu, 04 Mei 2011

Sabar dan Lemah Lembut


Di antara sifat yg paling menonjol dan sepatutnya ujud dalam diri seorang  Muslim ialah sifat sabar dan lemah lembut, kerana amal-amal Islam penuh dengan perkara-perkara yg tidak digemari, demikian juga perjalanan dakwah penuh dilingkungi dengan berbagai kesukaran, penyiksaan, penindasan, tuduhan-tuduhan, penghinaan dan pandang rendah. Kesemua ini merupakan batu penghalang yg sering dihadapi oleh mereka yg bekerja dalam bidang dakwah, sehinggalah semangat dan himmah mereka pudar dan gerakan mereka akan lemah, seterusnya mereka akan berpaling terus dari medan dakwah.

Oleh yg demikian jelaslah di sini bahawa tugas yg dilakukan oleh seorang da'i adalah tugas yg amat sukar. Beliau bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada semua manusia, sekalipun kebiasaan, cara berfikir dan tabiat mereka berbeza antara satu sama lain. Da'i menyampaikan dakwah kepada orang-orang jahil dan alim, orang-orang yg berakal dan sensitif, orang-orang yg lembut menurut dan orang-orang yg keras, orang-orang yg tenang dan orang yg mudah tersinggung.

Oleh itu da'i mestilah berbicara dengan manusia sesuai dengan akal mereka. Beliau mestilah menguasai mereka kesemuanya, berusaha untuk masuk ke dalam hati setiap golongan ini. Kesemua ini amat memerlukan kepada satu kesabaran yg sungguh kebal, memerlukan kesanggupan untuk menanggung risiko dan memerlukan sifat lemah lembut. Oleh kerana itulah arahan-arahan Al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. penuh dengan galakan supaya seorang Muslim itu bersifat dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan hati-hati.
posted by :suan

15 PERKARA YANG MENURUNKAN BALA


Buat iktibar untuk semua sahabat, berikut adalah terjemahan hadist berkenaan  akhir zaman.

Dari Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda;  "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada  mereka, iaitu :

1.       Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. (Kronisma).
2.       Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.       Zakat dijadikan hutang.
4.       Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.       Anak durhaka terhadap ibunya,
6.       Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7.       Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8.       Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9.       Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10.   Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Arak sudah diminum di merata tempat. (Sampai tak dijumpai ayat Al-Quran yang melarang  meminum arak).
12.   Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13.   Para artis-artis disanjung tinggi.
14.   Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan)  generasi  pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

Hadis Riwayat Tarmizi.