Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Sabtu, 10 Desember 2011

Titisan Air Mata Abu Bakar As Siddiq

Dialah org pertama yg mempercayai kenabian Muhammad s.a.w dari kalangan kaum lelaki. Dia juga sahabat Nabi yg selalu menyertai baginda dalam menegakkan dan memperjuangkan ajaran Allah (Islam) hingga ke akhir hayatnya. DIa lebih utama dari org yg utama, lebih unggul dari org yg unggul sekalipun. Tentang keperibadian yg dimiliki sahabat yg sangat dihormati oleh rasulullah s.a.w ini sehingga dijelaskan dalam ayat Al-Quran "Tidak sama diantara kamu org yg menafkah (hartanya)dan berperang sebelum penaklukan (kota makkah). (Surah Al Hadid:10)

Dalam kitab Mustadrak Al-Hakim dan Musnad AL-Bazzar, disebutkan sebuah hadis dgn sanad yg baik, dari Zaid bin Arqam r.a bahwa pada suatu ketika Abu Bakar r.a meminta seteguk air sebagai pelepas dahaga. Maka dihidangkan kepadanya semangkuk air yg diberi madu. Ketika tepi mangkuk berisi air bercampur madu menyentuh bibir Abu Bakar r.a, seketika itulah menangislah beliau dan terhenti utk meminumnya. Org-org yg berada disekitarnya terharu menyaksikan pemandangan tersebut hingga mereka pun turut menangis. Sejenak kemudian tangis mereka reda, tetapi tangis Abu Bakar r.a tetap terdengar malah kian memilukan, akhirnya para sahabat yg lainnya pun ikut kembali menangis. Selang beberapa saat mereka semua berhenti menangis, lalu mrk bertanya kepada Abu Bakar. "Wahai Abu Bakar, Khalifah Rasulullah, mengapa anda menangis ?
Abu Bakar r.a menjawab " pernah suatu ketika aku hanya berdua bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda yg dari nadanya agaknya tertuju kepada seorg wanita : "hai pergilah engkau dariku, pergilah!" Maka aku bertanya kepada baginda. "Ya Rasulullah sebenarnya anda berkata kepada siapa ? Bukankah disini tidak ada org lain selain dari saya" Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya dunia ini nampak bersolek dihadapanku, maka aku berkata kepada pergilah kamu dari ku pergilah kamu dariku!. Lalu dunia ini berkata: "Kalaulah engkau wahai nabi dapat lepas dariku, tetapi org-org setelah engkau sama sekali tidak akan lepas dari godaanku"

Hal ini lah yg membuatkanku menangis tersedu-sedu

10 Muharram

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari ‘Asyura’, Tasu‘a’ dan kesebelas Muharram Puasa hari ‘Asyura’ ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu ‘anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Maksudnya : “Ini adalah hari ‘Ayura’ dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa).” (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari ‘Asyura’ sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma berkata : Maksudnya: “(Tatkala) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Baginda bersabda: “Apakah ini?” Mereka menjawab : “Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu” Nabi bersabda : “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu” Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)” (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari ‘Asyura’ sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata :

Maksudnya: “Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari ‘Asyura’? Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu.” (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari ‘Asyura’, berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu ‘anhuma berkata:

Maksudnya: “Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: “Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari ‘Asyura‘ itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Apabila pada tahun yang akan datang, Insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan” Berkata Abdullah bin Abbas: “Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun wafat.” (Hadits riwayat Muslim) Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu‘a’ (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek: 1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura’ (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya : “Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadits riwayat Ahmad) 2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari ‘Asyura’ kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya. 3. Bagi maksud menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari ‘Asyura’. (lihat I‘anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari ‘Asyura’ tanpa berpuasa pada hari Tasu‘a’, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi‘e Rahimahullahu Ta‘ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla’ disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu‘a’), kesepuluh (‘Asyura’) dan kesebelas bulan Muharram.

Rabu, 07 Desember 2011

Kisah Namrud

Nabi Ibrahim Dibakar Namrud

Di sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal di dalam kota tersebut berkeyakinan dan menyembah suatu Tuhan iaitu yang diperbuat daripada berhala. Jadi mereka mengukir patung-patung berhala lalu mereka juga yang menyembahnya. Mereka beribadah serta bersembahyang kepadanya dan mereka juga amat menakutinya tuhan berhala itu tadi. Dan antara lain menjadi salah satu tradisi mereka ialah apabila mereka selesai beribadah di rumah ibadah atau kuil mereka, sebelum keluar setiap mereka mesti membeli satu patung berhala kecil untuk mereka letakkan di dalam rumah dan juga untuk di sembah. Dan sebenarnya siapakah yang menjadi tukang ukir bagi patung-patung itu semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama Azar.

Pada suatu hari masuklah si anak kepada Azar tukang ukir patung anaknya, itulah dia Nabi Ibrahim as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya kepada bapanya : “Wahai ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan percaya bahawa semua patung-patung yang kamu ukir dan jual itu semuanya adalah Tuhan yang hakiki?” Bila Azar mendengar pertanyaan sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya dan bertanya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: “Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.” (Al-An’am: 74)

Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim memarahinya dia betul-betul marah kepada anaknya lantas dia berkata dengan suara yang tinggi kepada anaknya sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud : Berkata bapanya: “Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang.” (Maryam: 46)

Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya dia menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap gelita tiba-tiba muncul bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi dia terus berkata di dalam hatinya : “Inilah Tuhanku maka bermula dari hari ini aku akan menyembahnya!” Akan tetapi malang bila tiba waktu siang semua bintang-bintang yang bergemerlapan di waktu malam itu tadi pun terus hilang. Firman Allah SWT yang bermaksud : Tatkala malam telah gelap Ibrahim melihat bintang lalu dia berkata : “Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia berkata : “Aku tidak mengasihi barang yang lenyap itu.” (Al-An’am: 76)

Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada bulan pula dia mendapati bahawa bulan di malam hari itu terlalu cantik itulah bulan purnama namanya. Maka dia mula berkata-kata lagi di dalam hatinya: “Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka aku akan menyembahnya moga-moga ada kebaikan buatku.”

Firman Allah SWT yang bermaksud : Tatkala dia melihat bulan telah terbit dia berkata : “Inikah Tuhanku?” Tatkala bulan itu terbenam dia berkata lagi : “Jika aku tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum yang sesat.” (Al-An’am: 77)

Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali kerana pada keesokannya bulan terbenam dan hilanglah cahayanya yang terang benderang pada waktu malam tadi. Tetapi dia tidak bersedih. bahkan bergembira kerana dia berpeluang melihat matahari pula. Lantas dia mengatakan: “Matahari lebih besar pula cahayanya dari bulan dan bintang, maka aku rasa inilah dia Tuhanku yang sebenar.” Tapi sayang bila sampai waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu turut hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : Tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata : “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.” Tatkala matahari itu terbenam dia berkata : “Wahai kaumku sesungguhnya aku berlepas diri dari apa-apa yang kamu persekutukan itu.” (Al-An’am: 78)

Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan bahawa dia tidak akan sama sekali menyembah mana-mana tuhan kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan yang menjadikan bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya. Dia tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati.” Allah berfirman : “Tidakkah engkau beriman?” Sahutnya: “Ya... aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau (potong-potong semuanya) kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian dari burung-burung yang dipotong itu, kemudian panggillah semuanya nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah: 260)

Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada kaumnya agar segera meninggalkan tuhan berhala mereka itu “sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan juga Tuhan yang menjadikan kita semua.” Akan tetapi mereka tidak memperdulikan kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan ancaman kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Mereka berkata: “Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada kami atau engkau bermain-main?” Dia berkata: “Bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.”(Al-Anbiyaa’: 55 dan 56)

Mereka memang langsung tidak menghiraukan kata-kata Nabi Ibrahim hinggakan sampai peringkat mereka mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. Maka pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai kerana merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka dan perayaan tersebut di jalankan di luar kota bukan di dalam kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang tinggal di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu juga dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.

Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus masuk ke dalamnya yang mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi dengan bermacam-macam patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim terus mengambil kapaknya lalu dipukul dan dihancurkan ke semua patung-patung itu tadi habis semua dimusnahkan cuma satu sahaja yang tidak dimusnahkan iaitu patung yang paling besar. Kemudian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya tadi ke leher patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim terus pergi meninggal rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.

Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk merayakan perayaan tuhan mereka. Mereka merayakannya dengan penuh meriah sekali lebih-lebih lagi si raja yang bernama Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi mereka juga turut hadir. Bilamana perayaan tadi selesai terus raja memberi isyarat kepada hamba-hambanya dan tanpa berlengah si hamba-hamba tadi terus mengangkatnya untuk kembali semula ke dalam kota mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja mengarahkan kepada seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah ibadah (kuil). Bila sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya ke dalam kuil dia terperanjat besar begitu juga dengan rakyat-rakyat yang turut hadir. Dia dapati bahawa ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh bergelimpangan dan berkecai.

Kemudian Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi : “Siapakah yang berbuat sebegini kejam sekali?” Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja Namrud terus menjerit : “Bawa segera pemuda itu ke mari!” Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di dalam kuil.

Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim :“Kamukah yang melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?” Nabi Ibrahim berkata : “Bukan aku yang melakukannya kamu tidak lihat di leher patung berhala yang paling besar itu terdapat satu kapak yang besar. Sudah tentulah dia yang memusnahkan ke semua patung-patung itu. Kalau tidak percaya cuba kamu tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada patung-patung yang telah binasa tentang siapakah yang memusnahkan mereka semua?”

Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena merasa malu dan tersipu-sipu kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya patung-patung itu sama sekali tidak boleh berkata-kata. Lalu Namrud pun terus berkata : “Wahai Ibrahim! Kamu sendiri pun tahu bahawa patung-patung itu semua tidak boleh berkata-kata, tidak boleh berjalan-jalan dan juga langsunglah tidak boleh buat apa-apa!”

Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: “Jadi kalau begitu mengapa kamu menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi mudarat buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan, dirinya sendiri?”

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ibrahim berkata: “Patutkah kamu sembah selain Allah barang yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan tidak pula memberi mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (Al-Anbiyaa’: 66 dan 67)

Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.

Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api
tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim.” Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam.(Al Anbiyaa’: 69 dan 70)

Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud dan rakyat-rakyatnya dan Allah menunjukkan kepada mereka bahawa sebenarnya patung-patung berhala itu langsung tidak memberi makna apa-apa langsung, tidak ada kekuatan dan bagi manusia yang di kurniakan akal fikiran pula tidak wajarlah merasakan bahawa patung berhala itu sebagai Tuhan yang mesti disembah.

Tidak lama selepas itu api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim segera keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Dan terus Nabi Ibrahim membawa dirinya meninggalkan kaumnya membiarkan mereka itu semua dengan kehendak mereka, juga buatlah sesuka hati dengan tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk memberikan hukuman juga membinasakan mereka.

Bermusafirlah Nabi Ibrahim membawa diri kepada Tuhannya ditinggalkannya kaum yang degil lagi bodoh sombong dalam kebinasaannya yang telah Allah jadikan kepada mereka. Dia membawa diri bermusafir hinggalah sampai ke bumi Palestin dan di sana dia menyeru manusia supaya beriman Tuhan yang Esa iaitu Allah SWT dan mengerjakan ibadah kepadanya. Ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa di mana sahaja Nabi Ibrahim pergi dia tetap menanamkan keimanan kepada Allah dan akhirnya Allah SWT juga telah memberi hadiah yang besar kepadanya iaitu lahirlah dari zuriatnya keturunan yang baik dan soleh yang kemudian kebanyakan mereka itu menjadi nabi dan rasul yang Allah utuskan kepada seluruh manusia agar membawa mereka kepada bertuhankan Allah SWT dan menjauhkan mereka dari bertuhankan tuhan selain Allah seperti berhala dan lain-lain lagi. kemudian memberi tunjuk ajar kepada seluruh manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan sebab itulah Nabi Ibrahim digelarkan dengan gelaran “Bapa sekalian nabi-nabi.”

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Perhatikanlah riwayat Ibrahim dalam kitab (Al-Quran).
“Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat benar dan seorang nabi.” (Maryam: 41)

Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk

Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31)

Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT : “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman
Kepadanya : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

Sabtu, 03 Desember 2011

Hijrah Diri

Penghijrahan diri, selalu kita tegaskan perkara ini semasa umat Islam menyambut Maal Hijarah iaitu 1 Muharam. Tapi kali ini walaupun ianya telah berlalu izinkan saya membawa tajuk ini utk kita selami dalam kehidupan seharian kita untuk mencari kerehaan Allah semata-mata. Moga hidup kita lebih bermakna. InsyaAllah.

Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud :
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta bendadan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar."
Sesungguhnya ayat2 Al-Ouran itu adalah kata-kata Allah dan tiadalah benar melainkan benar sahaja.


HIJRATUL QALBIYAH

Apa pun pekerjaan dimulakan dengan niat. Oleh itu suka saya mulakan hujah saya dipagi ini dengan menekankan hijrah Hati Nurani. Sedap didengar apatah lagi jika kita mengamalkannya. Satu petua yang ingin saya kongsi bersama untuk menjayakan apa yg dicita ialah setiap kali kita memandang cermin bacalah doa ini didalam hati.

Bismillahirahmanirrahim.

"Ya Allah cantikkan lah akhlak ku sepertimana engkau mengelokkan kejadian ke atas diriku"

Banyak lagi doa yg boleh dibaca ini adalah diantaranya. Jika terkurang maaf kan saya.

Sebelum saya teruskan lagi suka saya beritahu ini semua yang kita cari bukan sahaja untuk mencari keredhaan Ilahi namun ianya untuk kebaikan hidup kita yang senantiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Ini adalah titik permulaan untuk mencapai kemenangan hidup didunia sekaligus membawa kebahagian diakhirat.

Dalam proses kita sebagai manusia untuk menghijrah kan diri kita utk mendapatkan keredhaan ilahi ini Rasulullah SAW ada menggariskan panduan kepada umat2nya. Baginda bersabda ertinya: "Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Mengapa sahabat atau kawan memainkan peranan penting dalam penghijrahan diri kita atau kehidupan seharian kita? ini kerana dengan apa yang dia lakukan akan tempias kepada diri kita sepertimana terpeciknya air hujan. Jika berkawan dengan orang yang buruk perangainya lambat laun pasti akan terikut-ikut begitulah sebaliknya jika berkawan dengan org yang baik, InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan tertarik.
Dengan perlakuannya. dengan cara percakapannya, dengan segala tindak tanduknya, dengan kesabarannya, dengan kesungguhannya, dengan sifat kesederhanaanya, dengan kesabarannya dan setiap apa yang dia lakukkanya akan tertempias kepada diri kita jika kita bersahabat baik dengan dia (org yang soleh). Oleh itu pilihlah kawan dari kalangan orang-orang yang beriman dan percayalah kata-kata saya ini sesungguhnya mereka akan memberikan kita kebahagian hati. Inilah yang dikatakan usaha kita cuba mempertingkatkan penghijrahan qalbiyah yang menjadi titik permulaan hijrah.

Lihatlah kesannya........!!

Seterusnya secara rasional manusia mempunyai kelebihan dan kepandaian masing-masing. Rasulullah SAW. itu sendiri yang mempunyai kelebihan yang dipergunakan untuk kepentingan agama Allah. Dengannya umat Islam sehingga kini memperolehoi kesejahteraan dan kebahagiaan. oleh itu marilah kita menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita ini dengan membuat kebaikan sesama manusia. Sepertimana firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 -
8 bermaksud : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat biji zarah (sawi) pun nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula"

Bagaimana yang dikatakan kebaikan seberat biji zarah tu? jawapannya ialah doa....mendoakan kebaikan/kebahagiaan orang lain adalah merupakan satu kebaikan. Ianya tidak mengeluarkan sesen pun.....tidak memerlukan masa, dan tidak merugikan sesiapa. Lihat satu perkara ....iaitu hati. Jika hati kita ikhlas dan bersih maka dengan sendirinya hati itu akan berkata-kata dan mengeluarkan satu perasaan yang baik. Apa yg lahir dalam hati itu akan terkeluar oleh kata-kata dan diucapkan dengan lidah. Kata-kata itu adalah doa! doa yang baik akan termakbul oleh Allah.

Formal..........inilah cabaran permulaan kejayaan.

Mulakan dengan hijrah hati dan nurani. seterusnya langkah demi langkah. Aturlah dengan tersusun mohonlah petunjuk dan hidayah. Semoga kita beroleh keberkatan moga dengan penghijrahan diri kita meletakkan kita diantara mereka yang terpilih oleh-Nya yang Maha Mengetahui serta Maha Berkuasa......

Jumat, 02 Desember 2011

Anak wajib mentaati kedua ibu bapa

TIDAK terhitung dan terbalas jasa kedua ibu bapa apabila mengenangkan betapa besarnya pengorbanan mereka memelihara serta mendidik anak-anak menjadi insan sempurna. Dalam hal ini, anak-anak sepatutnya mentaati kedua ibu bapa yang dianggap sebagai payung dalam kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Pegawai Tadbir Rundingcara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN), ustaz Shafie Khatib Jali menjelaskan, seorang anak wajib mentaati kedua ibu bapa selagi suruhan itu tidak ke arah kemaksiatan.

Ini jelas berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. dalam al-Quran surah Luqman ayat 15 yang bermaksud, ''Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah kedua-duanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKulah kembalimu, maka Ku berikan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan'' (Luqman : 15).

Menurutnya, seorang anak juga patut berbakti kepada ibu bapa dalam apa juga keadaan termasuk menyediakan segala kemudahan seperti keperluan tempat tinggal, makan minum, pakaian serta rawatan. Dalam hal ini, jika seorang bapa hendak berkahwin lain setelah kematian isteri seorang anak berhak mencarikan pasangan untuknya dan mengizinkannya berkahwin lagi. ''Anak perlu memahami kesunyian yang melanda bapa setelah kematian ibu mereka dan anak tidak berhak menghalangnya,'' katanya.

Menyentuh mengenai sesetengah ibu bapa memilih untuk tinggal bersendirian beliau menambah, anak-anak perlu mengambil pendekatan yang lebih bijak bagi memastikan kedua orang tua mereka mendapat penjagaan dan perlindungan yang sempurna. ''Anak-anak juga bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal atau kemudahan perhubungan bagi memudahkan mereka berhubungan antara satu sama lain sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,'' terang ustaz Shafei lagi. Bagi anak-anak yang tinggal berjauhan mereka perlu meluangkan masa menziarahi kedua ibu bapa sekerap yang mungkin. Anak-anak juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan seperti orang gaji sekiranya ibu atau bapa mereka tidak berkeupayaan melakukan kerja-kerja rumah. Menyentuh mengenai keutamaan antara ibu dan bapa, Shafie turut mencontohkan ingatan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya dalam satu hadis yang berbunyi, Berkata (bertanya) seorang laki-laki, ''Ya Rasulullah siapakah manusia yang lebih berhak aku pergauli dengan baik?'' Berkata ia, ''Ibu engkau , ibu engkau, ibu engkau, kemudian bapa engkau, kemudian yang lebih dekat lagi kepada engkau''.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini mengingatkan kita bahawa seorang anak wajib berbakti dan berbuat kebaikan terhadap kedua ibu bapa. Ini kerana ibu bapa adalah orang yang banyak berjasa dan pengorbanan yang dicurahkan tidak terbalas dengan wang ringgit.

Shafie menjelaskan, hadis tersebut turut menekankan betapa besarnya peranan ibu mempengaruhi kehidupan seseorang anak. Ini bukan bererti, kasih sayang dan penghormatan terhadap bapa berkurangan. Jasa dan pengaruh bapa tidak kurang besarnya terhadap anak-anak. Sebagai ketua keluarga tambah Shafie, seorang bapa berusaha setiap hari menyediakan makan, minum, pakaian serta keperluan lain. Usaha sedemikian katanya, dilakukan semata-mata didorong oleh rasa tanggungjawab dan cinta terhadap keluarganya. Seorang anak juga perlu menjaga hati kedua ibu bapa agar tidak kecewa dan berkecil hati dengan setiap perlakuan atau pertuturan mereka.

''Sebagai seorang anak jangan sekali-kali menderhaka dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka sehingga membuatkan ibu bapa mengeluarkan air mata,'' katanya.

Anak-anak juga harus menggunakan bahasa yang lembut dan perkataan-perkataan yang mulia apabila bertutur dengan ibu bapa.

Seseorang itu dianggap durhaka apabila kedua ibu bapa mereka berkecil hati atau tersinggung terhadap perbuatan yang dilakukan kecuali mereka redha.

Bagi memperjelaskan mengenai betapa besarnya peranan ibu dan bapa dalam kehidupan dengan memberi contoh sabda Nabi s.a.w yang bermaksud.

''Siapa mencari keredhaan ibu bapanya, maka sesungguhnya ia mencari keredhaan Allah.

''Dan siapa yang menyebabkan kebencian ibu bapanya, maka sesungguhnya ia menyebabkan kebencian Allah''. (Hadis Riwayat Bukhari).

Seorang anak katanya juga, tidak boleh sekali- kali berkata kasar apalagi mencaci dan memaki ibu bapa.

''Sekiranya seorang anak dipanggil oleh ibu atau bapa, mereka perlu menjawab panggilan kedua ibu bapa dan tidak boleh mengambil sikap acuh tak acuh terhadap suruhannya,'' tegasnya.

Dalam al-Quran sendiri, kata Shafie turut menerangkan bahawa anak-anak wajib merendahkan diri mereka terhadap ibu bapa sebagai tanda dan bukti kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa.

''Dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua orang tua dengan rasa kasih sayang''. (al-Isra'; 24).

Di samping itu, seorang anak juga bertanggungjawab mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Malah firman Allah terhadap tanggungjawab seorang mendoakan ibu bapa mereka amat jelas sekali sebagaimana yang bermaksud dalam al-Quran, ''Wahai Tuhan kami ampunilah kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan kepada segenap kaum mukminin di hari ditegakkan nisab perhitungan.'' (Ibrahim41).

Kata Shafie lagi, ''kehilangan ibu atau bapa adalah sesuatu yang sangat besar dan tidak ada penggantinya.

''Oleh itu, selagi hayat kedua ibu bapa masih ada setiap anak perlu memanfaatkannya dengan sesuatu yang boleh membahagiakan kedua-dua mereka,'' ujarnya.