Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Rabu, 04 Mei 2011

Sabar dan Lemah Lembut


Di antara sifat yg paling menonjol dan sepatutnya ujud dalam diri seorang  Muslim ialah sifat sabar dan lemah lembut, kerana amal-amal Islam penuh dengan perkara-perkara yg tidak digemari, demikian juga perjalanan dakwah penuh dilingkungi dengan berbagai kesukaran, penyiksaan, penindasan, tuduhan-tuduhan, penghinaan dan pandang rendah. Kesemua ini merupakan batu penghalang yg sering dihadapi oleh mereka yg bekerja dalam bidang dakwah, sehinggalah semangat dan himmah mereka pudar dan gerakan mereka akan lemah, seterusnya mereka akan berpaling terus dari medan dakwah.

Oleh yg demikian jelaslah di sini bahawa tugas yg dilakukan oleh seorang da'i adalah tugas yg amat sukar. Beliau bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada semua manusia, sekalipun kebiasaan, cara berfikir dan tabiat mereka berbeza antara satu sama lain. Da'i menyampaikan dakwah kepada orang-orang jahil dan alim, orang-orang yg berakal dan sensitif, orang-orang yg lembut menurut dan orang-orang yg keras, orang-orang yg tenang dan orang yg mudah tersinggung.

Oleh itu da'i mestilah berbicara dengan manusia sesuai dengan akal mereka. Beliau mestilah menguasai mereka kesemuanya, berusaha untuk masuk ke dalam hati setiap golongan ini. Kesemua ini amat memerlukan kepada satu kesabaran yg sungguh kebal, memerlukan kesanggupan untuk menanggung risiko dan memerlukan sifat lemah lembut. Oleh kerana itulah arahan-arahan Al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. penuh dengan galakan supaya seorang Muslim itu bersifat dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan hati-hati.
posted by :suan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar