Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Jumat, 15 April 2011

MEMERANGI TIPU DAYA SYAITAN BY : SUAN

"Bahawa sesungguhnya syiatan itu adalah musuh bagi kalian, maka jadikanlah ia sebagai musuh!" - (QS.Faathir : 6)

Syaitan adalah makhluk ghaib. Kewujudannya diberitahu kepada kita oleh Allah melalui Rasul-Nya. Kita diberitahu juga, bahawa syaitan atau iblis itu musuh manusia. Firman Allah swt, mafhumnya :

"Tidakkah Aku janjikan (beri iangatan) kepada kamu, wahai anak adam, bahawa jangan kamu sembah (turut kehendak) syaitan? Sesungguh-nya syaitan itu musuh kamu yang nyata". (Yasin : 60)

Syaitan sentiasa mendendami manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan dan tipu dayanya. Manusia yang mengerjakan ibadat kepada Allah paling dimusuhinya. Seberapa daya, dicubanya menahan manusia daripada mendekati Allah. Allah berfirman, mafhumnya :

"Sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu mengajak golongan (pengikut-pengikut) mereka supaya menjadi penghuni neraka yang bernyala-nyala". (Fathir : 6)

Menurut Yahya ibni Mu'adz al-Razi, "Syaitan itu tidak bekerja, sedangkan kamu sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Syaitan sentiasa melihat kamu, sedangkan kamu tidak dapat melihatnya. Kamu selalu saja lalai dan melupakan jerat yang dipasangnya, tetapi ia tidak melupakan kamu".

Para ulama mencadangkan pelbagai langkah untuk memerangi syaitan. Menurut Imam al-Ghazali: Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan A'uzu billahi min al- syaithan il-rajim. Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebatnya, kita mestilah bersabar dan menyedari, bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

Menurut Imam al-Ghazali, ada tiga cara yang dicadangkan untuk memerangi atau menghadpi serangannya syaitan :

Pertama, mempelajari tektik tipu daya syaitan atau strategi serangannya. Kedua, tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggapkan hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau respons. Sebaliknya, ia akan lebih cepat memberhentikan salakan, apabila kita tidak mengiraukannya. Ketiga, lidah dan hati senantiasa menyebut Allah (dzikrullaah).

Untuk mempelajari tektik tipu daya syaitan (cara yang pertama), kita hendaklah memahami dan mengenalpasti perbezaan antara waswas, ilham, bisikan hati (rohani), dan seruan nafsu daripada tabi'i kejadian kita manusia.
Was-was merupakan anak panah yang dilepaskan oleh syiatan ke hati manusia lalu bersarang di hati (mafhum daripada firman Allah Taala - surah "al-Nas"). Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia (Khatir atau khawatir).

Bisikan hati nurani juga boleh dipengaruhi oleh ilham. Ilham ialah lintasan fikiran yang lebih khusus, iaitu menyeru ke arah kebaikan, datangnya daripada Allah melalui malaikat. Manakala was-was ialah bisikan hati yang menyeru kepada kejahatan, datangnya daripada syaitan.

Terdapat riwayat dalam Hadis, mafhumnya:

"Apabila dilahirkan anak Adam ke dunia, lalu disertakan bersama- nya oleh Allah Taala malaikat dan syaitan. Malaikat berdiri di telinga kanan anak Adam itu dan syaitan berdiri di telinga kirinya".

Seruan syaitan (was-was) itu penuh dengan tipu daya. Kadang-kadang menyeru kepada kebaikan sebagai umpan untuk memerangkap manusia. Umpama- nya, dipengaruhinya manusia supaya mengerjakan ibadat yang sunat dan meninggalkan kerja ibadat yang wajib. Kadang-kadang diserunya manusia berbuat kebajikan yang afdal dan juga yang wajib, tetapi dengan cara yang halus dihelanya manusia ke lembah dosa besar iaitu dengan menyemaikan bibit riak, ujub, takabur dan sebagainya.

Setengah ulamak membahagikan lintasan fikiran manusia itu kepada empat: Pertama, suara hati yang kadang-kadang seruannya baik dan kadang-kadang jahat untuk menguji keimanan dan kesabaran. Kedua, ilham yang menyeru kepada kebaikan semata-mata. Ketiga, waswas atau seruan syaitan kepada kejahatan, penelewengan dan kesesatan semata- mata. Keempat, hawa nafsu daripada tabi'i manusia yang menyeru kepada kejahatan (nafsu ammarah). Tabi'i kejadian manusia itu cenderung kepada syahwat dan keinginan kepada kelazatan dan keseronokan tanpa mempertimbangkannya sama ada baik atau jahat. Inilah hawa nafsu yang mengheret manusia kepada kesirnaan.

Kadang-kadang seruan tabi'i menyeru kepada kebajikan dengan tujuan bekerjasama dengan syaitan untuk memperdayakan manusia.

Apabila hendak mengenalpasti, sama ada bisikan hati atau lintasan fikiran (khatir) itu menyeru kepada kebaikan atau kejahatan, kita hendaklah :

Timbang tilik setiap khatir itu dengan membandingkannya dengan syari'at Islamiah. Jika selari dengan ciri-ciri hukum syarak, maka itulah khatir kebaikan. Tetapi jika sebaliknya, maka itulah khathir kejahatan. Atau, jika kurang pasti dengan hukum-hakam syarak, hendaklah dibandingkan sesuatu khatir itu dengan amalan orang-orang yang lebih alim. Jika tidak bercanggah dengan amalan mereka, maka itu khaatir kebaikan. Jika sebaliknya, maka itu tentulah khathir kejahatan. Pertimbangkan setiap khathir itu berdasarkan kecenderungan nafsu daripada sifat tabii manusia. Jika sesuatu khathir itu berkecenderungan ke arah positif atau kebaikan dunia yang berkaitan dengan akhirat, maka itulah khathir kebaikan. Akasnya, jika datangnya daripada nafsu ammarah, maka khathir ini nyatalah khatir kejahatan. Pertimbangkan khatir itu berdasarkan keadaannya. Jika keadaannya tetap, maka itulah khathir daripada hati nurani (tabii hawa nafsu yang baik daripada Allah) Taala. Tetapi jika khatir itu tidak tetap, tenggelam timbul keadaannya, maka datangnya daripada waswas syaitan. Dan, jika keadaan sesutu khaathir itu didapati mendaifkan zikrullah, nyatalah datangnya daripada syaitan. Demikianlah akasnya. Pertimbangkan khatir itu berdasarkan masa timbulnya. Jika timbulnya mengiringi perbuatan dosa yang telah dilakukan (merupakan satu lintasan sesalan), maka itu adalah khathir daripada nafsu yang baik. Tetapi jika sesuatu khatir itu timbulnya sebelum melakukan dosa, khathir itu adalah daripada syaitan. Inilah khathir yang paling banyak timbul di hati manusia.

Dengan mengenalpastikan jenis khatir tersebut, tentulah kita akan dapat menentukan pilihan layanan sewajarnya. Khatir kebaikan kita layani dan khatir kejahatan kita singkirkan. Insya Allah kita terselamat daripada tipu daya syaitan.

Menurut Imam al-Ghazali, bahawa lintasa wswas itu datangnya daripada syiatan yang menyeru mansia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah Taala atau daripada malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan. Untuk mengenal pastinya, ilham boleh ditilik dalam tiga keadaan (wajah):

Jika datangnya daripada Allah Taala, keadaannya tegas, keras dan kuat, merupakan perintah, petunjuk, galakan, keinsafan, amaran dan sebagainya; manakala ilham daripada malaikat adalah keadaannya timbultenggelam dan lebih merupakan nasihat dan rangsangan kepada kebajikan. Ilham daripada Allah diringi oleh jihad dan taat daripada manusia yang terlibat. Jika jihad mandahului ilham, maka ilham itu ghalibnya datang daripada malaikat. Ilham daripada Allah adalah berkaitan dengan usul agama (ushul ul-din) dan amalan batin, manaka ilham daripada malaikat berkaitan dengan furu' atau hukum syara' dan amalan zahir.

Adapun khaathir kepada kebajikan daripada syaitan itu adalah lowongan kepada kejahatan, merupakan "umpan" bagi perangkap tipu daya syaitan. Untuk mengnal pasti khaatir ini, kamu tiliklah madah Syaikh Imam al-Harmain. Katanya, "Khaathir kepada kebajikan daripada syaitan itu, keadaannya, menjadikan kamu rajin tanpa takwa, merasa aman tanpa takut, terlalu bersegera atau tergopoh-gapah dan berkesudahan dengan buta mata hati. Jauhilah daripadanya. Jika kamu berjaya melawannya dan menjadikan dirimua sebaliknya, bertakwa tanpa rajin, takut tanpa aman, perlahan- lahan atau tenang tanpa gopoh-gapah dan berkesudahan dengan celik mata hati, maka khaatir ini adalah daripada Allah atau malaikat".

Adapun murad "rajin tanpa taqwa" itu ialah ringan manusia dalam amalan dengan buta dan tuli mata dan telinga hati. Adapun "perlahan-lahan atau tenang tanpa gopoh-gapah" itu berlambat-lambatan itu adalah tindakan yang terpuji kecuali pada perkara-perkara yang tertentu saja. Tersebut dalam khabar daripada Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:

Bersegera itu daripada syiatan melainkan dalam lima perkara : mengahwinkan anak dara yang sudah baligh, membayar hutang apabila tempohnya, mengkebumikan orang mati apabila yakin matinya, menjamu tetamu dan bertaubat apabila mengerja- kan dosa.

Adapun murad "takut tanpa aman" itu ialah takut dan bimbang kalau-kalau amalan tidak dijalankan dengan sempurna dan dituunaikan atas jalan dan haknya dan ragu-ragu sama ada amalan itu diterima oleh Allah Taala atau tidak. Adapun murad "berkesudahan dengan celik mata hati" itu ialah yakin bahawa kebajikan dan penanggungan dalam amalan diharapkan berakhir dengan balasan pahalanya. Dengan yang demikian akan dikurniakan taufik, insyaa Allah Taala. Wallahu a'lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar