Al-'Ashr

<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Rabu, 14 Desember 2011

Adab Suami memelihara Isteri

Dari kitab sirilsalikin

1. Apabila hendak menikah, laksanakanlah walimah.

2. Hendaklah memperbaiki sikap isteri dan menanggung kesakitan menghadapi kesakitan dengan kasih sayang atasnya dan sabar. Sabda Nabi saw, "Barangsiapa bersabar atas sikap buruk isterinya , ia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti diberi pada nabi Ayub dan barangsiapa bersabar atas perangai buruk suaminya niscaya ia dianuagerahi oleh Allah pahala seperti Asiah isteri Fir'aun.

3. Hendaklah menegur dan marah kepada istri jika ada perbuatannya yang menyalahi syariat (yang disukai oleh nafsu perempuan itu menyalahi syariat)

4. Sabda Nabi saw, "Binasa dan jahat lelaki yang jadi hamba isterinya. Apabila mengikut seorang lelaki akan isterinya dalam sesuatu yang disukai oleh hawa nafsu isterinya , jadilah dia hamba isterinya dan binasalah dia dan jadilah dia diperintah oleh isterinya (dirinya jadi milik perempuan dan bukan sebaliknya)

5. Cemburu secara pertengahan.

6. Jangan biarkan isterinya berkata-kata dengan lelaki lain atau biarkan lelaki lain masuk ke rumahnya tanpa ia ada di rumah tetapi jangan berlebihan sehingga berburuk sangka akan isterinya tanpa sesuatu sebab atau alasan. Contohnya..seperti mengintai dan mencari akan kejahatan isterinya dan lain-lain.

7. Suami hendaklah mengajar fardhu ain termasuk hukum haid kepada isterinya.

8. Suami hendaklah memerintah isterinya supaya melaksanakan sholat. Jika tidak mengikuti perintah ini, tidurlah berasingan 1 hingga 3 malam.sekiranya tidak taat juga, pukullah sedikit dengan pukulan yang tidak melukakan atau memecahkan tulang isterinya.

9. Suami hendaklah meredhai isterinya untuk masuk surga bila dia mati .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar